PUISI PERTAMA
MENGEJA PERASAAN Datang dengan sebuah harapan Perginya tinggalkan kenangan Sejak kita berkongsi perasaan lewat bicara hati ke hati Adakah kita betul mengeja perkataan Perasaan itu, Masihkah terbit bersama pagi yang dingin Masihkah terbitnya mentari yang terang Kerana kehadiran mu mengundang seribu rasa, Engkau pernah lukakan hatiku Namun ku bangkit semula dengan cinta Yang bergentayangan di dada langit Kerna ku tahu tuhan sentiasa bersamaku Bilik A1 Jam : 5:30 PTG Tarikh: 20/09/2019 KETIKA KAU MEMBACA Saat ini aku takut, takut untuk kehilangan seseorang lebih bermakna dalam hidupku Peritnya tidak ku lalui ketika ini tidak tertanggung untuk merasai sakitnya itu Langkah demi langkah mencari sebuah perasaan cinta kepadanya pengorbanan mu seperti langit diwaktu senja engkau terlihat bila malam menyapa engkau hilang tanpa jejak kerja keras mu akan tetap ku kenang ayah, kasih sayang mu seperti angin sentiasa mengkhabarkan ...