PUISI PERTAMA
MENGEJA PERASAAN
Datang dengan sebuah harapan
Perginya tinggalkan kenangan
Sejak kita berkongsi perasaan lewat
bicara hati ke hati
Adakah kita betul mengeja perkataan
Perasaan itu,
Masihkah terbit bersama pagi yang
dingin
Masihkah terbitnya mentari yang terang
Kerana kehadiran mu mengundang seribu rasa,
Engkau pernah lukakan hatiku
Namun ku bangkit semula dengan cinta
Yang bergentayangan di dada langit
Kerna ku tahu tuhan sentiasa bersamaku
Bilik A1
Jam : 5:30
PTG
Tarikh:
20/09/2019
KETIKA KAU
MEMBACA
Saat ini aku takut,
takut untuk kehilangan seseorang
lebih bermakna dalam hidupku
Peritnya tidak ku lalui ketika ini
tidak tertanggung untuk merasai
sakitnya itu
Langkah demi langkah
mencari sebuah perasaan cinta
kepadanya
pengorbanan mu seperti langit
diwaktu senja engkau terlihat
bila malam menyapa engkau hilang tanpa
jejak
kerja keras mu akan tetap ku kenang
ayah,
kasih sayang mu seperti angin
sentiasa mengkhabarkan ketenangan
walaupun selama ini hendak dibiarkan
menanti
engkau bakal
terbit bersama embun pagi
ketika itu engkau membaca sebuah
perasaan hati ibu,
Bas UMS
JAM: 2:00
PTG
Tarikh:
26/09/2019
ERTI SEBUAH
RINDU KEADILAN
Jika rindu itu satu hukuman
Jiwakulah paling menderita
Ketika suara bayu hati merasakan
bait-bait Cinta-Nya,
Ku gengam sebuah keadilan
Sebenarnya,
Rindu itu sudah cukup manis
Kerna rindu mempunyai
sejuta gelombang yang melambungkan
hati
Bukan sahaja dikau
Tetapi satu dunia jua turut
merasakannya
Kaku tanpa suara
Khabarnya,
Rindu membawa pertanyaan kepada hati,
Kerana telah ku lekatkan pada sekeping
kertas
Lalu tanpa senjaga ia hadir membawa
seribu makna
Lalu kekallah dia disitu, KEADILAN
Anjung A1
Jam : 5:00
PTG
Tarikh: 30/09/2019
TIADA SIAPA
BICARA
Tiada siapa yang tahu rahsia kita
Tiada siapa yang baca cerita kita
Hanya engkau yang telah hadir membuka
rahsia itu
Dan barangkali menceritakan-nya
Tiada siapa yang lihat tentang
khayalan perasaan ini
Tiada siapa yang dengar tentang
jendela sebuah pagi
yang biasa kepada rasa yang luar biasa
sahaja
malam –malam indah kian bercelaru
bicara soal hati tiada siapa yang
ingin tahu
kejamnya dunia
begitulah kejamnya kuasa dunia
hanya bulan dan bintang tahu bicara
itu,
negaraku, tanah airku
cintaku kepadanya hanya dia yang tahu
kompleks
Sukan
Jam : 4:30
PTG
Tarikh:
01/10/2019
OH KAMPUNG
HALAMANKU
oh kampung halamanku,
Angin bayu memanggil namaku
ombak dan pantai membawa aku berlabuh seketika
sementara waktu masih ada
ingin sekali menikmatinya,
awan mendung menandakan
hujan akan membiasahi tanah pusaka ku
membasahasi tanaman yang kembang di
musim semi
oh kampung halamanku,
saat ku melihat rumah usang yang ku
tinggalkan
barangkali tidak lagi didiami sesiapa
tempat itulah aku mengenal
erti sebuah kehidupan sebagai anak
kampung
dimanapun ku berada
engkau akan tetap dihatiku
Library Ums
Jam : 2:30
PTG
Tarikh:
05/10/2019
UNTUK KAU
YANG SEMPAT HADIR
Kita pernah bermain di lereng-lereng
bukit
Sehingga kita tidak kenal erti
mana kawan mana lawan
Kita kenal sejak lahir lagi
Menusuri warna kehidupan zaman
kanak-kanak
kehadiran mu melakar sebuah kenangan
kehilangan mu membawa seribu keperitan
tanda noktah dalam hidupku,
untuk kau yang pernah hadir
mewarnai persahabatan kita
terima kasih kerna membuatkan diriku
mengenal erti sebuah persahabatan
walaupun kau telah pergi
meninggalkan kenangan ini bersama mu
Sahabatku,
dikau tetap ku kenang hingga akhir
hayatku,
Bilik A1
Jam : 3:30
PTG
Tarikh:
12/10/2019
CINTA WARNA
MERAH
ketika jiwa luka
bukan darah yang mengalir
tetapi sanubari yang menandakan
warna merah,
tatkala warna merah bercampur dengan warna lain
tanda noktah itu tidak pakai titik
tetapi ia akan meretakkan warnanya sendiri
hanya hati diri sendiri sahaja
yang mampu mengubah sebuah warna
sebentuk hati dan sebuah rasa
yang benar-benar mencintai mu
hapuskan cinta dari hati mu
Bangkitkan cinta atas nama mu
Percayalah kepada takdir
Library Ums
Jam : 2:30
PTG
Tarikh: 05/10/2019
SURAT CINTA
PUISI
Aku menulis sebuah puisi
Untuk ku sampaikan khabar
Hasrat dalam baris puisi
Dalam angin dan cinta
Hanya dapat dibaca
Surat yang dapatku hantarkan
Hanya jiwa yang mengenal pasti bertemu
pada yang Esa
Pada surat dan huruf dalam puisinya
Terfikir sejenak,
Mampukah aku menulis surat ini
Yang kadang kala bersembunyi
Yang kadang kala melarikan diri
Sebenarnya jelas dalam susunan ayat
Dalam surat cinta puisi ini,
Library Ums
Jam : 2:30
PTG
Tarikh:
05/10/2019
INGATAN KEPADA-NYA
Masihkah engkau ingat kepada ku
Walaupun khabarnya buruk
Walaupun aku kadang-kala melupakan
diri mu
disaaat aku senang
telah sekian lama khayalan nakal ini
mendidik hatiku untuk ingat kepada mu
kerana telah
ku tahu mana satu erti mimpi dan kenyataan
masihkah ada
ruang bagi ku?
Bukan manusia
namanya
Jika tiada
ingatan
Bukan pula,
binatang yang tiada ilmu
Tetapi itulah
sebuah kenyataan
Kenyataan
untuk mendekati dirimu
Ampunkan dosa
hambamu ini
kompleks
Sukan
Jam
: 4:30 PTG
Tarikh:
01/10/2019
MAHALKAN
DIRIMU
Usah terlalu
risau seakan
engkau mahu
ambil kerja tuhan
Wahai kaum
hawa
Usah terlalu
mudah untuk jatuh cinta
usah serahkan
hatimu buat ajnabi
Bagaimana
untuk dapat redha Allah
Andai dirimu
telah mula dengan dosa dunia murahan
Muslimah yang
mahal tidak akan mudah berikan hatinya
Selagi tiada
ikatan yang sah
Andaikan
dirimu seperti bunga Mawar
yang penuh dengan
duri
Susah untuk
sentuh
Susah untuk
dipetik
Jangan kerana
cinta manusia Maruah mu habis tergadai
Mahalkan
dirimu agar tidak
menjadi hamba
nafsu tak berkesudahan
kompleks
Sukan
Jam
: 4:30 PTG
Tarikh:
16/10/201
BETAPA
INDAHNYA CINTA
cantiknya cinta itu
kerana engkau menjaganya
daripada hati yang ikhlas
Cantiknya cinta itu
Kerana engkau menjaganya
Daripada fitnah Durjana
Teruskan mengindahkan cinta
kerana tiada siapa yang menginginkan
cinta yang murah,
cinta yang rapuh
Cinta yang selalu Mengalir murni tanpa
Paksaan, dan
Di indahkan
lagi dengan cinta illahi
Betapa
indahnya cinta itu,
Magunatip
Jam
: 4:30 PTG
Tarikh:
18/10/2019
KU
TITIPKAN PUISI UNTUK AYAH
Ayah adalah
anugerah yang terindah
Kerana ayahlah
mendidik Erti pengorbanan
Ayahlah
mengajar erti kesabaran
Tanpa ayah
tidaklah anak mu ini
terdidik
sebagai manusia yang berdikari
penat lelahmu
tulang empat
keratmu
tetap sedia
membantu ketika membutuhkanya
Ayah
Kasih mu
tiada galang ganti
Jasa
Membesarkan kami
Tidak akan
dilupakan
kami sentiasa
menyayangi mu
terima kasih
atas segalanya,
Bungkau
Jam
: 5:30 PTG
Tarikh:
20/10/2019
PELANGI
SELEPAS HUJAN
alunan
rintik-rintik menjadi merdu,
melihat ke
luar
bunyinya
terlalu indah,
maafkan aku
tuhan
kerana telah
menjadi munafik cinta
aku kesal
sehingga diselimuti kehampaan
seakan tidak
lagi mampu berjalan
atas
keredhaanya
namun engkau
tetap hadir
bagai rintik
hujan dipenghujung kemarau
yang
membasahi hati gersang
wahai pelangi
yang hadir
semua duka
lara kian menghilang
mengubati
sisa-sisa hidup ku
kini hanya
wujud hamparan rerumputan yang hijau
tenang dan
damai,
Bus Stop
Jam : 6:30
PTG
Tarikh: 22/10/2019
BISMILLAH ATAS
NAMA CINTA
ketika ku sendiri mengenang dosa-dosa
lalu
hati ini tidak mampu lagi menahan
peritnya
duka lalu,
ku ingin saat ini
engkau ada disini
mencari jalan keluar dari dosa lalu
dengan bismillah ku ucapkan
ku buka hati ini untuk mencintai mu
mencari cinta hakiki
mencari sebuah kebenaran
ku tahu cinta ini
tidak selayak untuk dimiliki
namun hati ini
hanya merindui panggilan mu
ku bersujud atas nama mu
dengan membuka lembaran baru,
kompleks
Sukan
Jam : 4:30
PTG
Tarikh: 22/10/2019
RATU HATIKU
Cukup engkau yang Satu
dalam hidup ini
Cukup engkau yang
memberikan cinta ini
Tanpamu aku tidak lahir
di dunia ini
Hanya engkau yang selalu
berada disamping ku
Ibuku
Engkau membuat aku bahagia
Dan kau juga pernah membuat aku
menitiskan air mata
Kerana kesalahfahaman perasaan ini
Walaupun engkau yang selalu ku sakiti
Tetapi engkau tetap meyayangi diri ini
Ibuku
Engkaulah ratu hatiku
Odec Ums
Jam : 5:30
PTG
Tarikh: 26/10/2019
BISIKAN
AKSARA ILMU
Ilmu itu dikongsi bersama
Ilmu amat penting di dunia
malah di akhirat jua
pemburu ilmu
dikau sombong dengan ilmu yang ada
kelak nanti ilmu itu
membawa padah dengan diri sendiri
bukan mudah mendapatkan ilmu
tanpa jaga adab mu
kerana ilmu dirimu akan lebih matang
ilmu juga memberikan keberkatan
dalam mencari sebuah jawapan
keberkataan dalam memastikan
ilmu itu diredhai Allah swt
tanpa dicabul oleh sesiapa pun
Odec UMS
Jam : 5:30
PTG
Tarikh: 26/10/2019
YANG
BERPURDAH HITAM
Engkau purdah hitam ku
Yang sentiasa menutupi
kejahilan dunia
engkau purdah hitamku
bukan sekadar ditunjuk
bahawa dirimu begitu solehah
dimata manusia
jika berpurdah itu sekadar mahukan
pujian
tajdid kembali niat
kerana berpurdah membawa seribu makna
pakai untuk Allah swt
usah jadikan sebagai fitnah
maka jagalah purdahmu
bukan untuk syarat, untuk mencari
jodoh,
akan tetapi sebagai pelindung,
cintailah purdah mu,
kompleks
Sukan
Jam : 4:30
PTG
Tarikh: 28/10/2019
SANDARKAN
HATIMU PADA YANG SATU
Cinta bukan sekadar dinikmati
Tetapi sebuah cerita yang kamu
perlu memberi kepada sesiapa sahaja
Cinta bukan sekadar dihati
Tapi ia pada setiap gerak geri
Yang ada di setiap sanubari jiwa
manusia
Cinta bukan sekadar untuk dicari
Tapi ia perlu ditanam dalam jiwa
agar tuhan sentiasa ada dalam hati mu
Apa definisi cinta di hatimu?
Usah menjadi hamba pada cinta manusia
Sungguh takkan terjamin suatu apa
pada jiwa yang kosong.
Sandarkan cinta dan hatimu hanya pada
illahi
Kelak nanti bahagia menanti
Takdir cinta illahi itu lebih menanti
kompleks
Sukan
Jam : 4:30
PTG
Tarikh: 29/10/2019
SAKITNYA
SEBUAH PENGHARAPAN
Aku pergi
Dari daerah memori
Yang telah meracuni hidupku
Kerna
semakin menyimpan memori
ia menikam hati
sampai bila terkurung dalam memori ini
Cukup sudah engkau
Merosakkan-Nya
dengan bergelumang cinta
yang tidak hakiki
Lebih baik padam memori itu
untuk engkau biasakan diri
dengan cinta yang lebih baik
“single is simple”
“Couple is Trouble”
KOLEJ
KAMPUNG E
Jam : 1:30
PTG
Tarikh: 30/10/2019
KETIKA
MERENUNG SEJADAH
KItabku,
Ku tutup mata
Biarkan angin meluah rasa
Bahasanya sangat indah
Sampai ku terbuai
dengan alunan-nya
sejadahku,
wudhuk itu membersihkan
sujud itu membahagiakan
solat itu membebaskan keresahan
doa adalah senjata orang beriman
ibadahku,
bersama Dia jiwaku merenung
kembali kekuatan cinta
ditemani dengan tasbih cinta,
KOLEJ
KAMPUNG E
Jam : 1:30
PTG
Tarikh: 30/10/2019
PERSOALAN
DALAM PERTEMUAN
Ku terima sebuah surat
Surat yang penuh dengan
Tanda Tanya?
Siapakah aku di hatimu?
Dan Dia
siapa engkau di hatinya?
Merawat luka itu
Bukan mudah untuk ditelan
Dengan sebuah cerminan hidup
Kerna hadirnya engkau dalam hidup ini
Meragut jiwa
Menahan sebak yang tak terkata
Kesakitan hari ini
Ku buang dalam kotak fikiran
Semoga segalanya pergi ditelan mimpi
Tiada lagi duka yang dirasakan
kompleks
Sukan
Jam : 4:30
PTG
Tarikh: 05/11/2019
ANUGERAH
CINTA
Pernah mengalah kerana cinta
Pernah lelah dengan cinta
semua tidak mudah
untuk dilepaskan
kerna cinta tidak pernah mengecewa
cinta terlahir dengan sebuah
kesempurnaan
manusia yang menyempurnakan cinta
antara dua hati
tiada manusia yang kejam
lupakan yang pernah melukakan hatimu
buka lembaran baru
hidup dalam dunia baru
kerna cinta itu anugerah illahi
syukuri apa yang ada
hidup adalah Anugerah
kompleks
Sukan
Jam : 4:30
PTG
Tarikh: 05/11/2019
CINTA
KEMBALI
Kerana Dirimu
Aku Lepas Dari Sangkar Derita
Walaupun Seketika
Bunyi Trumpet Itu
Hadirmu Membawa Seribu Kenangan
Engkau Membangkitkan Sebuah Rasa
Perisa Warna Yang Berbeza
Khayalan Sebuah Memori Yang Terindah
Dalam Hidup Ini
Cinta Ku Datang Kembali Bersemi
Kerna Engkau Telah Membuat
Diri Ini Berharga
Engkau Mengajar Khatimah Cinta
Erti Menghargai Seseorang
Engkau Hadirkan Alat Muzik
Untuk Ku Dengarkan Seketika
kompleks
Sukan
Jam : 4:00 PTG
Tarikh: 08/10/2019
HARAPAN
TINGGAL HARAPAN
Harapan Kini Tinggal Harapan
Engkau Bukan Lagi Miliknya
Milik Itu Hanya Tercipta Untuk Dia
Meninggalkan Sisa-Sisa Cinta
Dengan Lalui Jalan Terbentang
Walaupun Sakitnya Tusukkan Duri
Ditangisi Dengan Air Mata
Demi Kebahagiaan Aku Relakan
Sungguh Diri Ini Tidak Kuat
Dengan Cacian Dan
Hinaan Tidak Berperikemanusiaan
Pengharapan Lebih Kepada Derita
Hanya Tinggal Kenangan Luka
Namun Kerana Allah
Diri Ini Bangkit Semula
kompleks
Sukan
Jam : 4:00 PTG
Tarikh: 08/10/2019
BUNGA-BUNGA
RINDU
Hentikan bunga-bunga rindu
Senandung deru badai menyapa
Biarkan engkau pergi
Mengusik rasa kita berdua
Hanya redakan hujan ini
menghentikan tangisan ini
Kalahkan semua bebanmu
Penat dengan hidup
Maka terseksa jiwa nurani
Bunga rindu yang ada pada diriku
Hanya dapat dilihat ketika pilih
tempat untuk jatuh
Pada siapa gugurnya rindu ini
Ku sampaikan kiriman rindu
Dengan sebuah doa
Dengan cara ini rindu terubat
bilik
belajar
Jam : 2:00
PTG
Tarikh:
10/11/2019
TENTANG RASA
Aku mengenali satu insan
Yang bernama manusia
Dia
mengajar aku erti rindu
Rindu yang tidak mampu diungkapkan
Walau dengan kata-kata sekali pun
Dia juga mengajar aku
Erti kesakitan pada jiwa
Kasih sayang mu
Dakapan mu
Pandangan mu
Aku hanyut ditelan
dengan angan-angan
Sehingga aku sedar
bahawa engkau hanyalah
sebuah illusi dalam perasaan
Dewan kuliah
Pusat
Jam : 1:00PTG
Tarikh:
11/11/2019
CINTA PALSU
Semua adalah kenang terindah
Dalam hidupku tentangmu,
Aku tulus mencintaimu.
Walau hanya dari jauh
Jika tulisan ini mengganggumu,
Hapuskan
Jika puisi ini mengusikmu,
Sirnakanlah
Tapi jika dapat ku ungkapkan rasa
Yang meski sering ku pendam
Ketahuilah bahawa
engkau adalah seseorang
yang telah lama aku nantikan
Dimata mu aku terlihat palsu
namun
cintaku bukan palsu
Izinkan aku menjadi kekasih mu’
Dewan kuliah
Pusat
Jam : 8:30
PTG
Tarikh:
15/11/2019
SKRIP JALAN
CERITA
Jalan Cerita Semalam
Merenung Ke Luar
Melihat Keindahan Alam
Alam Semula Jadi
Jalan Cerita Hari Ini
Telah Kehilangan Sebuah
Keindahan
Gelap Sekelip Mata
Puas Aku Menahanya
Namun Akhirnya Dilepaskan
Jalan Cerita subuh
mentari Hanya Menemani
Ditemani Dengan Pelita Terang
Akhirnya Keindahan Itu
Kembali Bersinar Menyinari Ruang Ku
Padang Kawad
Jam : 4:30
PTG
Tarikh:
16/11/2019
BERSEMINYA
BENIH HATI KITA
Kamu lah satu-satunya alasanku
Alasanku tersenyum sepanjang waktu
bersemangat menjalani hidup
tidak pernah menyerah
saat benih hati kita bersatu
kehadiran mu bagai lagu cinta
yang sentiasa meriangkan jiwa
Kita tak pernah saling menyapa
Namun senyuman mu seakan berisyarat
Bahawa engkau tahu segala tentangku
Dengan senyuman manismu
Kau buat aku nyaman bersama
Dan inginku selalu melihatmu
Di dalam mata hati kita
Padang Kawad
Jam : 2:30
PTG
Tarikh:
17/11/2019
YANG KU
KEJAR ITU DIRIMU
Sungai mengalir mengikut melodi
mengikuti alunan syair harmoni
terbayang jiwa yang teriris sepi
menyambut raga yang tersipu mati
ketika paras mu hadir dalam mimpi
Hanya perasaan yang mampu mengerti
Yang ku kejar itu dirimu
berharap kehadiranmu disisi
bersama menanti indah mentari
hingga tercapai mimpi abadi
Seandainya ini adalah saat terakhirku
Aku akan guna kesempatan terakhir ini
Untuk mengatakan aku sangat
mencintaimu
Library UMS
Jam : 6:30
PTG
Tarikh:
19/11/2019
Comments
Post a Comment