KRITIKAN SOSIAL SAJAK PENDOSA
1. LATAR BELAKANG
2. PERMASALAHAN KAJIAN
Isu yang tertimbul dalam permasalahan kajian ini ialah menyentuh soal keagamaan yang mana terhasil atas rasa dosa penulis yang menginginkan kembali suci dengan memohon keampunan kepadanya. Setiap sajak yang terhasil memperlihatkan diri mereka mengenai dosa-dosa yang lalu maka mereka meluahkan hasrat mereka melalui Sajak tersebut. Masalah dalam kajian buku ini ialah kurang mendapat sambutan daripada pihak dan buku tersebut terhad untuk diagihkan kepada masyarakat. Namun masalah ini dapat diselesaikan oleh Lokman bin Abdul Samad selaku penyelenggara Antologi Sajak Pendosa. Terdapat beberapa buah sajak telah dijadikan bahan kajian untuk pelajar Penulisan(sastera) dimana perkongsian ini dapat menjadi rujukan di masa akan datang.
3. ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kebanyakkan penulis dalam sajak pendosa ini memberikan kesedaran dan menyindir kehidupan masyarakat pada masa ini yang mana melupakan tangungjawab sebagai hamba di muka bumi ini, Antologi sajak ini juga memperlihatkan rasa cinta dan rindu penulis terhadap tuhan, sememangnya cinta dan rindu itu begitu luas disisi tuhan dan pernahkah kita terfikir.... Mengapa penulis Antologi Sajak Pendosa menghasilkan karya ini?...
hasilnya disebabkan satu penghimpunan perasaan penuh pengharapan kepadanya, maka karya sebegini berjaya dihasilkan oleh para penulis-penulis Sajak Pendosa, ini dilihat dengan pandangan sudut mereka yang berbeza pendapat yang mana memperlihatkan diri mengubah kearah yang lebih baik dengan mengenangkan dosa-dosa yang mereka sesali. kerana setiap manusia tiada yang sempurna, manusia akan selalu melakukan kesalahan kecil mahupun besar.
4. DAPATAN KAJIAN
Antara Sajak-sajak yang telah saya pilih dalam beberapa 5 buah sajak daripada 79 sajak iaitu Bersama Tuhan, Singgahsna, Dzat-Mutlak, Apa lagi Yang Dicari, Syahid Dalam Amarah. Lazimnya sajak ini menyentuh mengenai kecenderungan pendosa yang ingin mencari jalan keluar dari terbelenggu Dosa lalunya.
Didalam Sajak BERSAMA TUHAN hasil karya Hajirikusyuk disini dapat saya lihat bahawa penulis cuba menyampaikan satu kesedaran mengenai duniawi bersama tuhan. Dirinya yang kurang mendapat kesedaran bahawa tuhan itu berada disampingnya walau dimana jua berada, Penulis juga menyatakan semua orang akan mendapat hidayahnya walau siapapun kita kerana Allah tidak terikat dengan ruang dan waktu. Bentuk pengolahan gaya bahasa ada maksud tersirat dimana pembaca cuba untuk fahami maksud tersurat tersebut. Kita dapat lihat bahawa penulis ingin menyampaikan kepada pembaca bahawa Allah itu Maha Pengampun hadirnya membawa berkah. Dapat dilihat di rangkap ketiga.
Puisi ditulis oleh penulis sama dengan Bersama Tuhan iaitu
bertajuk SINGGAHSANA (Hajirikusyuk), disini saya akan mengkritik serba
sedikit mengenai penyampaian sajak ini. Singgahsana menunjukkan sajak
yang berkisarkan kehidupan dunia yang penuh dengan tipu helah dimana
kebenaran akan hadir kepada orang yang ikhlas menimba ilmu dijalan
Tuhan, seperti sajak nyatakan
"Yang berilmu pula tertidur kecuali yang mengamalkan ilmunya Yang mengamalkannya pula tertipu kecuali yang Ikhlas."
Dalam Sajak Singgahsana ini menyampaikan di dunia ini hanyalah sementara semua yang bernyawa pasti merasai kematian yang kekal hanyalah Allah dan kita perlu sedar bahawa hanya Allah sahaja yang hidupkan kita kembali dengan mengejar ilmu akhirat. Sajak ini menyedarkan pembaca bahawa didunia adalah tipu dan kebenaran itu adalah kematian, maksud puisi Singgahsana hanyalah sebuah ilusi duniawi.
Seterusnya beralih kepada Puisi yang bertajuk DZAT MUTLAK dihasilkan oleh penulis Ismail Latiff. Pada pendapat saya penulis cuba mengambarkan tentang dzat sifat Allah yang kita kenali, sifatnya tidak wujud sama sekali hanya kita perlu menyaksikan keatas selawat Nabi mahupun berzikir tanpa ada nyanyian. Dalam mengenali sifatnya kita haruslah sentiasa ber-zikrullah keatasnya kerana disitulah kita mengenali erti ketuhanan, Penulis juga ingin menyampaikan bahawa untuk mendekati diri dengan sifat Allah adalah melalui zikir haqiqat. maka Dzat Mutlak adalah salah satu menunjukkan dirinya sebagai keagungan Zat yang Esa bukan melalui sifat, ilmu atau perbuatannya itu Dzat yang manusia tujui.
5.PENUTUP
kesimpulannya, Antologi Sajak Pendosa ini memberikan kesan yang baik jika dilihat dari pandangan lain, dalam buku Antologi ini sebenarnya ia bukan sahaja menjurus kepada unsur ketuhanan semata-mata tetapi lebih kepada satu gambaran kehidupan, iaitu simbolik masyarakat atau alam sebagai fitrah kehidupan. Tema ketuhanan sangat ketara di mana ia menyentuh isu islamik.
TERIMA KASIH!!!
Sajak terawal di Tanah Melayu adalah ’’Ditengah Segara’’
hasil pena Pungguk. Ia diterbitkan oleh dalam ’’Majalah Guru’’ Jilid 10, 12
Disember 1933, yang merupakan penerbitan oleh sekumpulan guru yang berada di
Maktab Perguruan Sultan Idris.
Sajak ini masih dipengaruhi oleh bentuk unsur-unsur pantun,
tetapi mempunyai kelonggaran dalam bentuk bahasa yang membezakannya dengan
pantun tradisional. Sajak adalah bersifat bebas di mana ia dapat mempengaruhi semua penulis mahupun pembaca. Dalam hal ini sajak sememangnya mampu memberi kesan baik dan buruk kepada pembaca sama ada melalui isi kandunganya yang berunsurkan keagamaan,sindiran,kesedihan.
Menyentuh sajak Antologi Sajak Pendosa ini menunjukkan sajak yang memberikan kesedaran, yang mana telah diselenggara oleh Lokman bin Abdul Samad, sajak ini menghimpunkan 79 Buah Sajak yang berunsurkan tema ketuhanan dan Buku ini telah diterbitkan dibawah sekolah pengajian seni, UMS. Antologi Sajak pendosa telah mengabungkan beberapa penulis yang lama berkecimpung dengan yang baru menjinak-jinakkan diri dengan sajak.
Nilai signifikan yang telah memberikan sumbangan dalam bidang ini ialah mempunyai gaya bahasa moden dan berbeza-beza bentuk dalam penghasilan karya tersebut, sajak ini tidak terikat dengan mana-mana rima dan lazimnya mempunyai prinsip tersendiri dengan perkaitan stail setiap rangkap bagi melihat kehadiran sesuatu unsur keindahan dalam setiap sajak.Hal ini dapat dilihat dalam Antologi Sajak Pendosa dimana ianya terdapat perkaitan secara tidak lansung.
Isu yang tertimbul dalam permasalahan kajian ini ialah menyentuh soal keagamaan yang mana terhasil atas rasa dosa penulis yang menginginkan kembali suci dengan memohon keampunan kepadanya. Setiap sajak yang terhasil memperlihatkan diri mereka mengenai dosa-dosa yang lalu maka mereka meluahkan hasrat mereka melalui Sajak tersebut. Masalah dalam kajian buku ini ialah kurang mendapat sambutan daripada pihak dan buku tersebut terhad untuk diagihkan kepada masyarakat. Namun masalah ini dapat diselesaikan oleh Lokman bin Abdul Samad selaku penyelenggara Antologi Sajak Pendosa. Terdapat beberapa buah sajak telah dijadikan bahan kajian untuk pelajar Penulisan(sastera) dimana perkongsian ini dapat menjadi rujukan di masa akan datang.
3. ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Kebanyakkan penulis dalam sajak pendosa ini memberikan kesedaran dan menyindir kehidupan masyarakat pada masa ini yang mana melupakan tangungjawab sebagai hamba di muka bumi ini, Antologi sajak ini juga memperlihatkan rasa cinta dan rindu penulis terhadap tuhan, sememangnya cinta dan rindu itu begitu luas disisi tuhan dan pernahkah kita terfikir.... Mengapa penulis Antologi Sajak Pendosa menghasilkan karya ini?...
hasilnya disebabkan satu penghimpunan perasaan penuh pengharapan kepadanya, maka karya sebegini berjaya dihasilkan oleh para penulis-penulis Sajak Pendosa, ini dilihat dengan pandangan sudut mereka yang berbeza pendapat yang mana memperlihatkan diri mengubah kearah yang lebih baik dengan mengenangkan dosa-dosa yang mereka sesali. kerana setiap manusia tiada yang sempurna, manusia akan selalu melakukan kesalahan kecil mahupun besar.
4. DAPATAN KAJIAN
Antara Sajak-sajak yang telah saya pilih dalam beberapa 5 buah sajak daripada 79 sajak iaitu Bersama Tuhan, Singgahsna, Dzat-Mutlak, Apa lagi Yang Dicari, Syahid Dalam Amarah. Lazimnya sajak ini menyentuh mengenai kecenderungan pendosa yang ingin mencari jalan keluar dari terbelenggu Dosa lalunya.
Didalam Sajak BERSAMA TUHAN hasil karya Hajirikusyuk disini dapat saya lihat bahawa penulis cuba menyampaikan satu kesedaran mengenai duniawi bersama tuhan. Dirinya yang kurang mendapat kesedaran bahawa tuhan itu berada disampingnya walau dimana jua berada, Penulis juga menyatakan semua orang akan mendapat hidayahnya walau siapapun kita kerana Allah tidak terikat dengan ruang dan waktu. Bentuk pengolahan gaya bahasa ada maksud tersirat dimana pembaca cuba untuk fahami maksud tersurat tersebut. Kita dapat lihat bahawa penulis ingin menyampaikan kepada pembaca bahawa Allah itu Maha Pengampun hadirnya membawa berkah. Dapat dilihat di rangkap ketiga.
Bagaimana Tuhan akan dapat dicari
sebab tuhan tidak jauh dari dirinya
dan Tuhan tidak tersembunyi dari dirinya
Bagaimana mungkin ia menghadirkan Tuhan
sedangkan Tuhan sentiasa Qadim
bahkan Tuhan sangat Maha hadir
di mana saja seseorang itu berada.
Puisi ditulis oleh penulis sama dengan Bersama Tuhan iaitu
bertajuk SINGGAHSANA (Hajirikusyuk), disini saya akan mengkritik serba
sedikit mengenai penyampaian sajak ini. Singgahsana menunjukkan sajak
yang berkisarkan kehidupan dunia yang penuh dengan tipu helah dimana
kebenaran akan hadir kepada orang yang ikhlas menimba ilmu dijalan
Tuhan, seperti sajak nyatakan"Yang berilmu pula tertidur kecuali yang mengamalkan ilmunya Yang mengamalkannya pula tertipu kecuali yang Ikhlas."
Dalam Sajak Singgahsana ini menyampaikan di dunia ini hanyalah sementara semua yang bernyawa pasti merasai kematian yang kekal hanyalah Allah dan kita perlu sedar bahawa hanya Allah sahaja yang hidupkan kita kembali dengan mengejar ilmu akhirat. Sajak ini menyedarkan pembaca bahawa didunia adalah tipu dan kebenaran itu adalah kematian, maksud puisi Singgahsana hanyalah sebuah ilusi duniawi.
Seterusnya beralih kepada Puisi yang bertajuk DZAT MUTLAK dihasilkan oleh penulis Ismail Latiff. Pada pendapat saya penulis cuba mengambarkan tentang dzat sifat Allah yang kita kenali, sifatnya tidak wujud sama sekali hanya kita perlu menyaksikan keatas selawat Nabi mahupun berzikir tanpa ada nyanyian. Dalam mengenali sifatnya kita haruslah sentiasa ber-zikrullah keatasnya kerana disitulah kita mengenali erti ketuhanan, Penulis juga ingin menyampaikan bahawa untuk mendekati diri dengan sifat Allah adalah melalui zikir haqiqat. maka Dzat Mutlak adalah salah satu menunjukkan dirinya sebagai keagungan Zat yang Esa bukan melalui sifat, ilmu atau perbuatannya itu Dzat yang manusia tujui.
Adakah zat selain-Nya boleh Wujud berserta-Nya
Adakh sifat selain Sifatnya-Nya yang boleh Zahir berserta
Sifat-Nya
Adakah Af’al selain Af’al Nya yang boleh disaksikan berserta
Af’al-Nya
Laa… Sama Sekali Tidak.
Puisi
ini membangkitkan Dzat ketuhanan seperti rangkap Pertama yang ditujukan
dalam sajak tersebut, penulis menyampaikan hanya Tuhan Esa sahaja yang
perlu kita sembah bukan zat-zat-Nya, bukan juga ilmunya namun
kepercayaan kepada dirinya.
Puisi
APA LAGI YANG DICARI ditulis oleh Adnin mengambarkan bahawa manusia ini
terlalu leka dengan khayalan sendiri sehingga lupa pada Maha Esa, namun
Allah sentiasa bersamanya walaupun jiwanya ditutupi nafsu. Manusia ini
tidak puas sehingga tenggelam dengan hawa nafsu sendiri dan penulis
menyindir masyarakat bahawa kita perlu sedar hidup di duniawi ini hanya
sekejap sahaja, kita perlu mencari tuhan dzat-Nya hapuskan semua yang
melekakan kita kerana itu adalah pilihan diri sendiri.
Tuhan Tak pernah sembunyi
insan menzalimi diri sendiri insan
memilih sendiri
lari untuk meyakini.
Rangkap
tersebut menyatakan tuhan ini tidak pernah lari dari insan yang ingin
bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Hal ini kerana, semua manusia
pernah melakukan kesilapan hasil daripada hawa nafsu syaitan.
Sajak
kelima yang telah saya baca ialah SYAHID DALAM AMARAH karya Adiauhaq.
Puisi ini mengajar kita erti menahan Hawa nafsu Manusia kerana hawa
nafsu manusia akan mendahului tuhan apabila bertindak dalam sesuatu
perkara.Oleh hal demikian, manusia perlu mengawal Hawa Nafsu agar tidak
terjeremus dengan khayalan semata-mata, jika kita tidak kuat melawannya
maka kita akan terperangkap ditangan diri sendiri(Syaitan).
Hawa nafsu tidak mahu kembali
menghadap Dzat yang suci
ketika masih bernafas
di dunia ini
Insan harus segera pulangkan kembali
amanah yang diberi
tatkala bersaksi janji
Melalui
rangkap tersebut, dapatlah kita lihat bahawa penulis ingin menyampaikan
manusia harus melawan hawa nafsu untuk amanah sebagai manusia di muka
bumi ini. Hal ini kerana, Amanah adalah janji kita kepada tuhan maka
kita harus memperjuangkan Amanah tersebut.
5.PENUTUP
kesimpulannya, Antologi Sajak Pendosa ini memberikan kesan yang baik jika dilihat dari pandangan lain, dalam buku Antologi ini sebenarnya ia bukan sahaja menjurus kepada unsur ketuhanan semata-mata tetapi lebih kepada satu gambaran kehidupan, iaitu simbolik masyarakat atau alam sebagai fitrah kehidupan. Tema ketuhanan sangat ketara di mana ia menyentuh isu islamik.
TERIMA KASIH!!!
Comments
Post a Comment