Takrifan, Ciri-ciri & Fungsi Sastera Rakyat dalam konteks Dunia Folklor.
➤ ASSALAMUALAIKUM W.B.T KEPADA SEMUA HAMBA ALLAH.
Disini saya akan membincangkan mengenai sastera rakyat dalam dunia folklor.
CIRI-CIRI FOLKLORE(SASTERA RAKYAT)
Sastera rakyat juga disebarkan melalui lisan iaitu melalui percakapan dari mulut ke mulut. Teknik penyebaran ini menjadi tradisi dalam menyebarkan sastera rakyat kerana rata-rata masyarakat dahulu kala adalah dalam kalangan yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Melalui penyebaran melalui lisan ini telah menyebabkan berlakunya tokok tambah dalam sesebuah sastera rakyat.

- Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang dikenali juga sebagai Folklore.
- Sastera rakyat hidup dan berkembang dalam masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya. ia juga dikenali sebagai cerita lagenda yang mana disampaikan secara langsung & tidak lansung.
- Lazimnya sastera rakyat ini sering digunakan dalam kalangan rakyat daripada masa lampau, yang mana telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.
CIRI-CIRI FOLKLORE(SASTERA RAKYAT)
Penyebaran melalui lisan
Sastera rakyat juga disebarkan melalui lisan iaitu melalui percakapan dari mulut ke mulut. Teknik penyebaran ini menjadi tradisi dalam menyebarkan sastera rakyat kerana rata-rata masyarakat dahulu kala adalah dalam kalangan yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Melalui penyebaran melalui lisan ini telah menyebabkan berlakunya tokok tambah dalam sesebuah sastera rakyat.
Nilai dan tema yang tersendiri
Sastera rakyat mempunyai nilai dan tema tersendiri. Setiap tema dan plot memiliki unsur yang tersendiri dan tersirat dengan maksud-maksud tertentu.
Plot berunsur tradisi
Sastera rakyat juga mempunyai plot yang mengikut kronologi, tradisi dan tempatan. Tiada sebarang pematahan plot yang berlaku dalam sastera rakyat, khususnya dalam cerita lipur lara. Permulaan cerita mesti bermula dengan kelahiran wira, pengembaraan, peperangan, kejayaan dan perkahwinan. Begitu juga dengan sastera rakyat yang berbentuk berangkap, misalnya syair, gurindam dan pantun juga mempunyai struktur mengikut tradisi tersendiri
FUNGSI SASTERA RAKYAT(FOLKLOR)
1. GAGASAN IDEA & PEMIKIRAN
Zaman sebelum peperangan bermula ramai para penulis telah menentang melalui hasil penulisan mereka, hal ini kerana mereka telah ditindas oleh para penjajah. Para penulis ini memperjuangkan dan menyalurkan idea fikiran untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap sesuatu perkara. contohnya zaman kononial. Pada zaman itu semangat nasionalisme sangat tinggi dalam kalangan masyarakat terutama para penulis sajak,puisi dan novel, salah satunya ialah Usman Awang.
2. SEBAGAI ALAT HIBURAN
salah satu fungsi sastera masyarakat ialah menjadi sebuah hiburan kepada pembaca-pembaca novel dan sajak, hal ini kerana sesetengah masyarakat lebih minat membaca novel yang berkisarkan tentang kehidupan masyarakat pada masa itu. Maka ia dijadikan sebuah hiburan cerita jenaka, hasil karya-karya yang boleh memberikan hiburan kepada pembaca ialah seloka, gurindam, puisi dan sebagainya dan yang selalu menarik minat bacaan mereka ialah tanggungjawab hasil titik peluh seharian. contohnya seloka pak kaduk dan seloka pak pandir.
3. BERFUNGSI SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL
kritikan sosial ini juga berperanan sebagai protes/kritikan sosial dalam kalangan masyarakat dan karya yang dihasilkan berbentuk satira(sindiran). Hal ini kerana untuk mengejek/menyindir satu budaya sosial dalam sebuah organisasi mahupun masyarakat. sebagai contoh dalam cerita Hang Tuah yang dipanggil alegori dan cerita ini mengisahkan tentang kisah sosial masyarakat yang berperingkat pada masa itu, kerana kependudukan sosial sangat penting bagi kerajaan beraja di tanah melayu. Maka para penulis telah berperanan dalam menyindir kepincangan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat tersebut dan ia tidak kira lapisan.
4. MEMBERIKAN PENDIDIKAN DAN ILMU
karya sastera ini dapat memberikan ilmu kepada masyarakat untuk membina negara bangsa yang maju dalam sebuah ilmu sastera. melalui pendidikan sastera dapat dipelajari melalui pembelajaran di sekolah dan ia mengindahkan lagi bahasa melayu kerana kebanyakkan masyarakat kini telah mencampurkan dengan bahasa english.

Awang Had Salleh (1995) menggariskan beberapa ciri
patriotisme seperti berikut:
rasa sayang dan cinta terhadap tanah air
rasa bangga dengan tanah air
Sedia mempertahankan tanah air daripada ancaman dan
serangan musuh
Kesediaan membela kepentingan negara bila dicemuh dan
dihina
2. SEBAGAI ALAT HIBURAN
salah satu fungsi sastera masyarakat ialah menjadi sebuah hiburan kepada pembaca-pembaca novel dan sajak, hal ini kerana sesetengah masyarakat lebih minat membaca novel yang berkisarkan tentang kehidupan masyarakat pada masa itu. Maka ia dijadikan sebuah hiburan cerita jenaka, hasil karya-karya yang boleh memberikan hiburan kepada pembaca ialah seloka, gurindam, puisi dan sebagainya dan yang selalu menarik minat bacaan mereka ialah tanggungjawab hasil titik peluh seharian. contohnya seloka pak kaduk dan seloka pak pandir.
3. BERFUNGSI SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL
kritikan sosial ini juga berperanan sebagai protes/kritikan sosial dalam kalangan masyarakat dan karya yang dihasilkan berbentuk satira(sindiran). Hal ini kerana untuk mengejek/menyindir satu budaya sosial dalam sebuah organisasi mahupun masyarakat. sebagai contoh dalam cerita Hang Tuah yang dipanggil alegori dan cerita ini mengisahkan tentang kisah sosial masyarakat yang berperingkat pada masa itu, kerana kependudukan sosial sangat penting bagi kerajaan beraja di tanah melayu. Maka para penulis telah berperanan dalam menyindir kepincangan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat tersebut dan ia tidak kira lapisan.
4. MEMBERIKAN PENDIDIKAN DAN ILMU
karya sastera ini dapat memberikan ilmu kepada masyarakat untuk membina negara bangsa yang maju dalam sebuah ilmu sastera. melalui pendidikan sastera dapat dipelajari melalui pembelajaran di sekolah dan ia mengindahkan lagi bahasa melayu kerana kebanyakkan masyarakat kini telah mencampurkan dengan bahasa english.
Comments
Post a Comment