CERPEN ~~
Siapakah Dia ?
Garry berjabat tangan dengan kawan-kawan
Andrew yang lain. Tiba-tiba garry tergamam melihat satu orang manusia di sebelah
Andrew yang telah menyentuh naluri lelakinya.
“Hello bro nama aku Adam. Sambil berjabat tangan.”
“Nama aku louis.”
“Heloo.” Balas Garry.
“Hai. saya Ozzie. Sahabat andrew kan?.” Ozzie memberi senyuman terhadap garry.
“Eya.”
Balas Garry ringkas.
“Wei
garry. Aku nak jumpa supervisor aku dulu. Nanti lepas tu baru aku pergi tengok.
Kalau kau nak pergi tengok, kau pergi la dulu. Aku dengan kawan-kawan akan
menyusul kemudian.” Sergah
andrew.
“Ok bro.. aku pergi dulu.. nanti jumpa disana.” Garry mengangguk.
Andrew dengan rakan-rakannya
melangkah meninggalkan garry. Garry mengambil nafas panjang. Dia terus menuju
kebangunan fakulti. Dalam hatinya penuh debaran dengan kejutan tadi.
“Kenapa aku boleh rasa perasaan itu sedangkan sudah 3
tahun aku lari dari perasaan tersebut. Macam mana aku boleh move on dengan
semua ini?.” Garry bermonolog.
Sampai saja di dalam bangunan
fakultinya, Garry terus mencari meja pendaftaran untuk melihat subjek teras
yang perlu dia daftar untuk sem ini. Selesai saja, Garry meneruskan langkahnya
menuju ke papan kenyataan di hadapannya. Ada beberapa helai kertas di tampal di
papan kenyataan tersebut. Semuanya adalah senarai nama pelajar.
Garry terus meninggalkan papan
kenyataan tersebut dan fakultinya. Dia segera pulang ke kolej kediaman untuk
melakukan pendaftaran seterusnya. Dalam perjalanan pulang dia terserempak
dengan Ozzie dan dia terus menyapa Garry.
“Garry kamu sudah cek kediaman ka?.” Sapa ozzie
Garry melihat ozzie dan segera
membalas sapaan itu.
“Eya.”
Jawapnya Sambil menganggukkan kepala dan membuka earphone mp3 di telinganya.
“Macam mana dengan kolej kediaman kamu dapat?”
“Oh. Aku dapat satu kediaman dengan Andrew. Syukur
kepada tuhan.“
Ozzie pun tersenyum kepada Garry.
“Bagus lah kalau begitu masih dapat roomate yang baik.” kata ozzie kepada Garry.
“Ok lah aku mahu balik dulu Ozzie.” Kemudian garry pun berlalu
pergi meninggalkan ozzie dengan bersendirian tanpa menghiraukan lagi orang
sekeliling.
..................
Kring kring kring...
Jam berbunyi menandakan sudah masuk
waktu malam. Angin yang bertiup pada malam itu sungguh dingin sehingga
mengcengkam ke tulang rusuk kiri. Garry bersendirian duduk di halaman kolej
kediaman dengan memerhatikan langit gelap kebiruan itu sambil menghisap
sebatang rokok. Tiada siapa pun tahu perasaan aku ketika itu, sejak dari usia 3
tahun aku mula perasan aku mempunyai perasaan yang pelik. Namun aku
menafikannya untuk mengelak dari kritikan masyarkat sekarang.
“Kenapa malam ini aku berasa kesal dengan diri ku”. Garry monolog sendirian.
Aku tidak tahu kenapa mood malam ini
aku lain macam. Kalau hari-hari sebelum ini aku biasanya menghabiskan waktu
dengan bersuka ria , jalan-jalan dengan rakan. Kadang kala singgah juga di
sebuah kelab malam sambil berkaroke dan melayan gelagat manusia di sana.
Namun malam ini aku hanya mampu
berdiam diri. Kawan yang sama-sama lepak sudah banyak kali call untuk mengajak
lepak tetapi mood aku kelaut. Aku hanya membiarkannya, tidak mengangkat
call dan whatapps, sms tidak dibalas pula.
“Oit broo. Kau tangkap jiwang apa malam ni?” Sapa Andrew dengan senyuman
mengejek.
Garry terkejut. Kalau kawan yang lain
buat sudah tentu aku Maki hamun, tetapi aku masih ada sifat kemanusiaan buat
apa gaduh. Benda kecil jangan dibesarkan.
“Perghhh.. kau buat aku terkejut beruk yea. Kalau aku
ada penyakit darah tinggi ni sudah lama aku tidak bernyawa Andrew, memang kau
patut bertanggungjawap..”
Andrew tersenggih.
“Okay , sorry Garry. Aku hanya bawa kau bergurau untuk
tenangkan keadaan sekarang ini. Kau okay kah?”
Garry menarik nafas panjang.
Masing-masing terdiam seketika memerhatikan langit.
“Kau
kenapa lepak di sini seorang-seorang selalunya kau keluar ke kelab malam dengan
scandal?”
Andrew memecahkan kesunyian sambil meminta sebatang rokok marlboro milik Garry.
“Aku
tidak ada mood la mahu lepak malam ni. Rasa macam mahu rehat kejap dengan
duniawi.”
“Kenapa pula, bukan kah kau...”
“Andrew perempuan kat sebelah gambar kau tu, sapa yea? “
Garry
mengajukan soalan lain untuk mengelak dari soalan Andrew yang membunuh akal dan
fikirannya.
“Gambar mana pula ini Garry.?
“Alaa.. perempuan yang pakai baju pink tu.” Garry memandang Andrew
berharap memahaminya.
“Oh.. si Cath.” Andrew tersenyum sumbing.
“Kenapa
kau mahu ka berkenalan dengan dia.?”. soal Andrew dengan nada gurauan.
Garry tersengih sambil mengaru-garu
kepala yang tidak gatal.
“Nanti aku bagi no telefon dia dengan kau mana tahu
berkenan dengan si Cath kan.?”
Garry mengangguk. Malas mahu
memanjangkan cerita kerana akal dan fikirannya telah dikuasai oleh perasaan
nafsu lain sehingga susah untuk dia mengawal lagi.
.............
Setelah tamat pengajian. Garry
meneruskan perjalanan hidupnya sebagai seorang manusia biasa yang sempurna di
mata masyarakat. walaupun dia rasa
kesempurnaan itu tidak terletak pada luaran sahaja tetapi pada dalamannya. Kesempuraan
Garry ada maksud tersirat.
Garry seorang usahawan yang berjaya
di negeri sabah ini. Semua tidak membahagiakan Garry kerana dia berjaya dengan
satu rahsia yang membuatnya takut untuk orang lain tahu. Dimata masyarakat dia
sungguh sempurna kerana ciri-cirinya menepati cita rasa dan keluarganya berasa
bangga atas kejayaan anak mereka.
Bagi dia kesempuraan itu akan
berhasil dengan cara kahwin “tetapi apakah
aku harus melakukannya untuk kebaikkan juga.?” Garry monolog sendiri.
Jika keadaan sebegini dapat
menyelesaikan masalah aku akan berkahwin dengan Cath.
Knock
knock knock... pintu
diketuk.
“Masuk.” Garry terhenti mengelamun apabila ada orang mengetuk
pintu pejabatnya.
“Oh Ozzie rupanya. Ingatkan siapa tadi. Kenapa Ozzie.?“
Memberi senyuman kepada kawan satu
universitinya itu.
“Aku dengar kau tidak lama kawin kan dengan Cath ?.” Apapun tahniah lah Garry semoga bahagia”. dengan nada sedih sedikit.
Garry tersenyum dan mengeluarkan
tangan untuk berjabat dengan Ozzie. Ozzie membalasnya.
“Sebenarnya kan Ozzie aku buntu juga mahu buat pilihan
ini.”
Mereka ketawa bersama.
“Sungguh dalam maksud kau ya Garry. Kau buntu buat
pilihan sebagai apa dalam hidup kau.?
Atau kau buntu buat pilihan dalam pasangan kau.? Kaum sejenis lelaki apakah
kau ni.”
Garry terketawa sampai mukanya
kelihatan kemerah-merahan.
“Hah. Apa cerita kau datang sini. Nak ucapkan tahniah
saja kah?”
Ozzie tersengih.
“Ada hajat juga
sebenarnya mahu ajak kau ni buat party bujang. Kau mahu kah?”
Balas Garry dengan nada tanda
persetujuan.
“Okey lah kalau macam tu. nanti malam aku ambil kau kat
tempat biasa.”
“Okey.. jangan berlama.” Nada ketawa.
Setelah meraka habis berbual mengenai
hal-hal peribadi. Ozzie pun berlalu pergi meninggalkan garry sendiri dalam
bilik pejabatnya. Garry menunggu hari yang akan tiba. Kahwin bukan jalan
penyelesaian. Ramai yang cakap betapa kuatnya aku kerana aku masih hidup dengan
tekanan maha dahsyat ini. Tapi itulah kenyataanya, kadang-kadang aku milih
untuk hidup ini.
Pada mata manusia aku hebat bukan
penakut. Bagi aku pula adalah aku seorang yang tiada pendirian dan menjaga diri
itu penting daripada orang lain tidak memahami diriku. Perlukah orang memahami
diriku sedangkan mareka hanya tahu mengkritik yang ada dihadapan meraka seperti
kaum macam aku. Kalau boleh dapat ubah takdir sebagaimana aku ditakdirkan
seperti orang mati yang dapat dihidupkan semula. Aku sanggup ikut. Tapi itulah
tiada gunanya hidup tetap hidup, sebagaimana ditakdirkan oleh tuhan.
...........
Sudah tiga tahun berlalu, rumah
tangga Garry dengan cath tiada apa-apa yang berlakus. Hanya satu saja yang
menjadikan rumah tangga Mereka tidak begitu bahagia. Mereka tidak dikurniakan anak
atas sebab-sebab tertentu. Cath berasa putus asa dengan semua takdir yang melanda
pada dirinya.
Ringtone one direction – one thing. Menandakan masuk panggilan telefon.
“Hello
sayang. Apa khabar..... kenapa baru call dari semalam abang tunggu. “ Garry nada manja
Cath yang sedang asyik bersiap untuk
keluar berjumpa rakannya. Dia terdengar perbualan suaminya.
“Jumpa kat mana.. oh tempat biasa kat sinsuran tu kah.
Okey nanti kita jumpa petang ini ya.
“Okey bye... i love you sayang.”
“Cis celaka. Rupanya kau ada perempuan simpanan patutlah
selama ini kau buat tak tahu saja dengan aku kan.”
Cath tidak mampu menahan air matanya lagi. dia keluar
dari bilik. Apabila Garry melihat kelibatan isterinya , dia cepat-cepat menyimpan
teleponnya ke dalam sakunya.
“Eh.
Ingatkan tiada kat rumah.”
Garry gelisah jika isterinya mengetahui hal sebentar tadi.
“Baru
mahu keluar lah ni. Abang kalau mahu makan apa-apa makan kat luar saja. Cath
belum masak untuk hari ini.”
Sambil memakai kasut dan berlalu pergi.
Garry tidak sempat bertanya kepada
isterinya kerana isterinya kelihatan seperti mahu cepat-cepat ke satu tempat.
Hati naluri lelakinya mula timbul tetapi dia tidak menghiraukan kerana cintanya
kepada perempuan kadang-kadang pudar.
.............
Malam itu Cath membuka telefon
suaminya, matanya terhenti di satu nama yang tidak dikenalinya itu. Naluri
perempuannya semakin kuat untuk melihat siapakah gerangan perempuan yang
menghancurkan rumah tangga mereka ini. Cath pun membuka kunci telefon dan
menekan nama yang tentera di telefon tersebut.
“(Baby Ozzie)... 019830.....”.
Hati perempuan mana yang tidak hati
tisu. Apabila suami yang kau cintai selama empat tahun ini curang dibelakang
kau sampaikan sanggup menipu kononnya hanya berjumpa dengan kawan biasa, kawan
sekolah dulu, kawan satu universiti lah padahal cari kebahagiaan lain. Cath
meletakkan semula telefon bimbit suaminya dan dia mula terlelap dengan air mata
kesedihannya. Sekelip mata hilang semuanya yang tinggal hanya lah air mata.
Keesokan harinya..
Abang mahu ke mana?. Cath bertanya kepada suaminya Garry
“Mahu jumpa kawan satu ofis ada hal mahu bincang pasal
projek besar minggu depan nanti.”
“Hensamnya abang hari ini kan... jumpa kawan ofis pun
sudah hensam.” Dengan nada sindiran.
Garry menjeling dengan renungan yang
tajam terhadap cath. Bukan dia tidak faham maksud isterinya itu tetapi malas
sudah mahu bertengkar. Sejak kebelakangan ini dia dengan isterinya cath seperti
anjing dan kuching kalau berjumpa mesti ada saja salah di mata masing-masing
sampai lah satu tahap mereka tidak sebumbung.
“So what do want to be like.. macam lelaki gelendangan
gitu?.”
“Tidak lah jadi diri sendiri pun sudah cukup bang.” Cath senyum.
“Boleh
kah kau jangan menyakitkan hati aku”. Garry semakin berang dengan sindiran pedis isterinya,
kemudian dia meninggalkan cath dan membuka pintu rumah dengan ganas seperti
mahu lari saja dari rumah itu.
Cath hanya terkesima dengan kelakuan
suaminya. “Salahkah dia buat begitu. Niat
dihati ingin bergurau tapi itu lah..” monolog.
Terimbas
kembali....
“Hello ini cath kah?“
“Hello.. ini sapa boleh saya tahu nama?.” Gugup
“Saya Garry. boleh saya berkenalan dengan awak?.”
“Oh Garry..” ingatkan siapa tadi..
Dalam talian Garry ketawa.
“jom jumpa malam ni?.” On tak on..
Lamunan cath terhenti apabila nombor
sahabatnya menelefonnya.
“Hello cath.. cath kah nie?.” suzie
bertanya.
“Eya ini cath.. suzie Kenapa tu?.”
“Malam ini jumpa kat tempat biasa tau.. okey.”
“Okey suzie.. tapi aku datang lambat sikit lah ada hal.”
“Okey deh. janji kau datang lah. Bye..” talian di matikan.
“Urmmmm.. Bye..”
.............
Sebelum memasuki rumahnya, Garry
tidak tahu isterinya masih berada di rumah itu. Dia telah membawa Ozzie
bermalam di rumah mereka selama 7 hari. kerana isterinya tidak berada di rumah
pada waktu itu, dia bercuti dengan rakan-rakannya ke kuala Lumpur.
Shukkk...
“Hye you.. nampak sangat hensam malam ini.” Ozzie membelai tangan Garry.
Garry ketawa sambil mengusap-usap kepala
ozzie.
Cath yang hendak keluar terlihat
kelakuan suaminya di depan matanya sendiri. Meraka bermesraan dan bercumbu
antara satu sama lain tetapi bukan dengan perempuan. Kali ini dia bercumbu
dengan seorang lelaki yang aku kenal selama 4 tahun. Apakah selama ini mereka
bersama dan siapa aku di matanya?.
John ozzie adalah lelaki yang aku percayai
selama 4 tahun, lelaki yang ku sangka kawan baik suamiku. Rupa-rupanya dia lah
selama ini yang menghancurkan rumah tangga ku. Cath bermonolog. Kemudian
pertengkaran besar berlaku antara mereka.
Akhirnya Garry mengakui dia menyukai
John ozzie selama 2 tahun dan waktu itu juga mereka menjalinkan hubungan
terlarang. Dia buntu memilih lelaki atau perempuan dalam pasangan hidupnya
sehingga dia ditepikan oleh keluarga selama 3 tahun. Tapi untuk menjadi manusia
yang normal itu memerlukan masa yang lama, bagi Garry kecelaruan dalam dirinya
itu memerlukan bimbangan dari pihak lain.
maka dia berusaha mendapatkan
kebahagiaan dari keluarganya sendiri apabila dia telah menyedari kesilapan
tersebut. Hubungannya dengan John Ozzie telah membuatkan dirinya bertaubat dan
dia berasa ujian naluri ini datangnya dari diri sendiri, kerana dia ingin
mencari dirinya sampaikan perasaan bisexual telah timbul.
Situasi ini tidak dapat dielakkan
kerana kadang kala ianya adalah takdir yang telah ditentukan oleh tuhan. Maka
siapakah dia sebenarnya?. Jawapannya adalah dia lelaki mempunyai dua naluri. Dia
menginginkan layanan yang baik dan menginginkan manusia menganggap dirinya
sebagai manusia biasa.
TAMAT
Jiwa yang Rapuh.
Aurat adalah kemaluan dan semua hal yang dapat
menimbulkan rasa malu apabila terlihat. Aurat merupakan perhiasan yang wajib
ditutupi dari orang-orang yang tidak berhak untuk melihatnya dan atau
menikmatinya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengingatkan
kepada kita bahawa,
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ،
وَبِأَنَّهَا إِذَا خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِـهَا اسْتَشْـرَ فَهَا الشَّيْـطَانُ
“Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar rumah, maka
syaithan akan menghiasinya.” (Hadits shahih. Riwayat Tirmidzi no. 1173, Ibnu
Khuzaimah III/95 dan ath-Thabrani dalam Mu’jamul Kabiir no. 10115, dari Ibnu
Mas’ud radhiyallahu ‘anhuma).
Demikianlah perkongsian ceramah Ustazah Syaidatul
terhadap pelajar kelas 5 bunga cempaka. Tinggal beberapa hari lagi SPM akan
menjelang.
Namaku Nissa Mariam Desvita. Usiaku adalah 17 tahun.
Hari ini, hari terakhirku bersekolah di the school girls. Cikgu-cikgu di sana
baik dan ramah juga. Tidak lama lagi aku akan memasuki alam remaja lain di
sekolah ini.
“Eh..
Nissa kau buat apa tu?.”
sapa Dayang.
“Aku
tengah buat surat untuk cikgu ini. Cikgu Asikah minta bantu buat tulis surat
dia. Kenapa?.”
“Aku
nak ajak kau petang nie boleh? jalan
beli barang keperluan di pekan nanti.” Dayang tersengih.
“Boleh
tak ada masalah, nanti aku call kau tau.” Nissa menyambung semula kerjanya.
...............
Hari ini langit kota Bandar dipenuhi awan hitam. Orang
kata jika awan itu adalah awan kumulonimbus.
Maknanya awan yang menandakan akan turunnya hujan. Dalam Beberapa detik
hujan mulai turun dan pepohonan dengan riangnya menyambut datangnya hujan. Ditepi tingkap nissa menyadarkan kepalanya ke
dinding memikirkan result yang tidak
lama keluar itu.
Beep beep beep...
TAHNIAH anda mendapat tawaran ke Universiti Malaysia.
“Yeay..
alhamdulillah akhirnya impian ku untuk membanggakan keluarga telah tercapai. “ Nissa turun ke tangga untuk
bertemu Ibu nya.
“Mama
.. oh mama .. Nissa dapat tawaran ke universiti tahun ini mama.”
Dengan gembiranya mengakhbarkan tersebut.
“Yeke...
alhamdulillah anak mama berjaya juga.” Mencium pipi anaknya.
..............
“Wo
wo woo itu dia Nissa Mariam Desvita, pelajar yang bertudung labuh dan paling
genius pada abad ini. Aku dengar kau sudah dapat tawaran bukan.?”
Nissa memandang ke belakang untuk melihat siapa yang menyapa.
“Oh
kau rupanya waniey. Mana kau tahu aku dapat tawaran masuk universiti.?”
“Sebab
mama aku tanya kenapa busy sangat mama kau ,
jadi Mama kau bagithu dengan kami, yang kau akan bertolak pada hujung
minggu ini. Sampai hati kau waniey tinggalkan kami. Tidak bagithu
apa-apa pun?.”
“Alololo...
sorry lah aku lambat bagitahu korang,
sebenarnya mahu juga bagithu tapi banyak halangan. Sorry lah.” Sambil memeluk sepupunya.
“Hahaha..
oleh kerana lambat bagitahu, kau mesti belanja aku makan.” Waniey mengusik Nissa.
“Eh
waktu zohor sudah masuk lah, jom solat.”
Menarik tangan waniey.
“Wei..makcik
jebon tudung labuh nie tukar topik cerita pula.“ Waniey mencebik bibir.
Nissa tersengih.
“nanti
habis solat kita sambung cerita balik yea.”
Nissa tersenyum.
............
3 tahun kemudian..
Aku termenung sesaat sambil menompangkan daguku pada
kepala tangan. Wajahku masih mengarah ke luar jendela, menyaksikan betapa
bahagianya pepohonan saat menerima titis demi titis hujan yang turun. Sejenak
aku tersenyum . Sayangnya orang yang aku cintai tak pernah bahagia saat aku
mencurahkan kasih sayangku padanya. Nasihat yang diberi hanya sekadar perhiasan
kehendak hati nya.
“Nissa
kamu kah tu?.”
Dayang terkejut melihat perubahan Nissa.
Nissa yang dulu bertudung labuh, kini dia tidak lagi
mengenakan hijab yang menutup auratnya. Kini dia bebas menampakkan rambutnya
yang ikal mayang itu.
“ tersempak dengan dengan aku
pun tiada perasaan malu. Kenapa kau begini sahabat ku.” Dayang bermonolg.
“Eh..
Dayang, lama tidak berjumpa dengan kamu kan.” Memeluk sahabatnya.
“Mungkin
Dayang tidak menyangka bahawa diriku sudah berubah disebabkan pengaruh
masyarakat dan mungkin ini bukan disebabkan pengaruh tetapi adalah keinginan
diriku.” Monolog.
.............
Selalu mengeluh ketika marah dan setiap kali aku
memberikan perhatianku padanya. Dia hanya akan meninggalkanku di persimpangan
dekat rumahku , kemudian melanjutkan motornya dengan kencang. Itulah yang akan
terjadi jika aku menanyakan masalah “itu” lagi. Nissa yang ku kenali dulu telah
berubah 100%, dia tidak lagi sebagai perempuan yang disegani. Pertemuaan mereka
membuatkan dayang ingin mengetahui nissa berubah sedemikian.
“Nissa aku boleh tanya kenapa
kau begini?.”
Soalnya dengan berhati-hati.
Nissa hanya ketawa.
“jika
perubahan yang berlaku ini adalah kerana masalah yang kau hadapi, Nissa aku
boleh bantu kau untuk dengar masalah mu.” Tambahnya.
“Aku
tahu kau ambil berat tentang aku Dayang, tetapi bukan semudah itu. Aku harap
kau tidaklah membagitahu tentang hal ini dengan keluarga aku, aku harap kau
pandai simpan rahsia tau.”
Tersenyum.
“Apa maksud kau Nissa?.” Dayang
mengaru kepala yang tidak gatal.
Dayang tidak memahami maksud Nissa, perbuatan nissa itu
membuatkan sahabatnya bersendirian di pondok itu, Nissa kelihatan mesra dengan
semua orang di universiti ini bahkan lelaki dia layan. Kalau Nissa dulu,
pantang nenek moyang dia untuk tidak bergaul dengan bukan mahramnya apatah lagi
apabila lelaki bercakap dengan dirinya mesti hanya membalas sepatah itu pun hal
penting. Tetapi kini berbeza dia lebih kepada pergaulan bebas baginya
bersentuhan itu seperti perkara biasa sahaja.
“Dayang hanya mampu berdoa kepada
Maha Esa semoga kawannya itu sedar dengan perbuatan tersebut.” Bermonolog.
............
Aku di sini masih duduk di dalam kelas tak berpenghuni.
Hanya ada aku di sini, sendiri. Jika kau menanyakan teman-temanku, jawabannya
mereka sedang menghafal pelajaran di luar kelas saat ini. Namun itu semua hanya
alasan dan aku memilih tetap duduk di kelas ini dan masih dengan posisi awalku,
melemparkan pandangan ke luar jendela.
Terimbas kembali..
“Nissa kenapa kau makin jelek nie?.” Amri mengejek
Nissa tercengang. Tetapi dia tidak menghiraukan perkara
tersebut, dia fikir hanya lah biasa-biasa sahaja. Namun setelah beberapa hari
Amri telah berubah dan mula memutuskan hubungan dengan Nissa.
“Nissa
mesti cantik kalau buka tudung?.” Soalnya
Nissa tersengih.
“Kenapa
tanya Nissa begitu?.”
Tersenyum.
“Eya
lah nissa sentiasa nampk kolot je tau, tak teringin ke nak jadi cantik ke?.” Senyum sinis.
ketawa mempersendakan.
“Kau mahu tahu kah, kenapa
boyfriend kau tinggalkan kau?. Sebab kau kolot ,Nissa tak cantik macam GF dia.” Bella gelak.
Nissa tersengih.
“Dengan hinaan yang mereka
lemparkan terhadap aku, membuatkan hati ini ingin menunjukkan sesuatu yang baru
dan membuktikan siapa diriku sebenar.” Bermonolog.
Naluri perempuan mana yang tidak rapuh apabila telah
mula dilukai oleh seorang lelaki dan ejekan rakan-rakan di universiti ini. Bermulalah
sifat Nissa berubah menjadi seorang perempuan yang berkelakuan Open Minded. Kerana ingin membuktikan
dia juga hebat, Nissa berubah secara mendadak dalam erti kata lain Kejutan
Budaya.
....................
Semasa melakukan persembahan diatas pentas, pelajar yang
terlibat dalam kelas ini diwajibkan tidak memakai tudung kerana nanti akan
menghalang persembahan tersebut.
“Bukan kah Nissa dulu
bertudung labuh, kenapa dia Free Hair sudah tu?.” soal rakan yang mengenalinya dulu.
“Itu pilihannya tidak perlu
paksa. Lagipun dia sudah maklum tentang kelas yang dia ikuti ini kadang kala
tidak memakai tudung. So buat apa masuk campur dengan hal sedemikian.” Azmer senyum sinis.
Semasa melakukan persembahan ibubapa Nissa telah datang
melihat persembahan anak meraka untuk memberi sokongan. Namun mereka terkejut
melihat anak mereka telah berubah dengan mengenakan baju ketat dan tidak
memakai tudung lagi.
Selama Nissa di rumah, melihat anak meraka tidak seperti
sekarang, anak meraka telah mendedahkan aurat di kelayak orang ramai,di mana
semua tudung yang selalu Nissa pakai semua hilang begitu sahaja?. Apakah semua
itu hanya mengaburi mata mereka sahaja. Selesai sahaja persembahan tersebut
ibubapa Nissa terus berjumpa dengannya.
“Nissa mana sudah tudung kamu ni ?.”
Ibu Menyoalnya.
Nissa hanya diam dan sedikit cemas.
“apa sudah terjadi dengan kamu ni
Nissa?.”
“Errr....
ini untuk persembahan kelas Nissa je.. lepas itu Nissa pakai tudung balik
juga.”
Mengaru kepala.
“Begitu
senang kamu cakap, kamu tahu tak. Jika sehelai aurat yang terdedah itu akan
menyebabkan fitnah.”
“Urmmm..
eya lah.”
Untuk menyedapkan hati kedua ibubapa Nissa, dia memakai
tudungnya semula untuk sementara waktu berjalan-jalan dengan mereka.
..................
“Nissa apa ni Nissa, depan
ibu bapa kau sahaja pakai tudung?. Malu lah dengan Allah, kita dikurniakan berbagai
nikmat. Tapi mengapa kita gunakan untuk maksiat Aurat. Bukankah kita tidak
perlu menayang kecantikkan paras rupa demi hanya memuaskan nafsu. Kau tak
sayang bapa kau kah?.”
Dayang tidak tahan melihat karenah
sahabatnya itu lagi.
“Esih..
sudah habis membebel ?.”
Dayang terkejut habis dengan reaksi spontan Nissa.
“Sebagai
sahabat kau aku ingin kau bertudung semula Nissa, seperti Nissa dulu,” jelasnya.
“Kau
mahu tahu perkara sebenar kan ?, sebenarnya memang dari dulu lagi semasa kita
sekolah rendah sama-sama aku ingin menjadi diriku sekarang. kalau dulu eya lah
kita pakai tudung labuh disebabkan peraturan sekolah. Di universiti kita bebas,
jadi ni lah kebebasan yang aku mahu dan pilihan aku buat. Harap faham !.” tegasnya.
“Astagafirullah
Al-adzim Nissa, mana maruah diri mu ?.” dengan nada terkilan.
“Ini
universiti lah, kita kena Open Minded.”
“Open
minded pun kita harus kawal batas kita bukan main semberono je.”
“Esihh..
jangan jadi manusia sok-sok alim kat sini. Pahala lain,kubur pun lain. KALAU
SUDAH MUNAFIK! Jangan jadi manusia busy
body kat sini.”.
Nissa meninggalkan Dayang dengan bersendirian di meja
cafe itu, dia membiarkan Dayang terkilan atas jawapan yang diberikannya. Namun
setelah beberapa hari kemudian hubungan Nissa dengan Dayang telah rengang tidak
seperti hari-hari biasa. Perwatakan Nissa semakin hari semakin teruk sehingga
membawa dirinya lupa kepada Allah.
Namun dengan kehadiran seorang lelaki bernama Zafran Al
Ayyub telah menyedarkannya kembali bahawa tidak semua mengejar duniawi itu
adalah bahagia. Dia sedar bahawa dirinya telah lalai dek kerana mengejar nafsu
iblisnya. Nissa telah berubah secara perlahan-lahan tetapi tidak seperti dulu
memakai tudung labuh tetapi dia hanya memakai tudung dengan biasa-biasa sahaja.
TAMAT
Selamanya Bukan Gerhana.
Kakiku terhenti apabila melihat rakan-rakan sekelas
memandang ke arahku dengan penuh keji. Apakah salah jika seseorang manusia itu
tidak mempunyai apa-apa.. jika dia hanya daif dari segi keagamaan .
Nama aku Adira aku berumur 15 tahun yang tidak mempunyai
apa-apa dalam kehidupan ini. Semua orang di kampung Pulau Omadal ini
memanggilku dengan nama ADIRA ANAK PELACUR. Aku miskin, ibu aku telah lama
meninggal dunia akibat penyakit kelamin dan bapa aku seorang penagih dadah. Aku
tinggal bersama emak saudara di kampung ini. Namun di kampung ini aku juga di
pandang hina.
Masuk ke bilik darjah..
“Ehh..
anak petani sudah sampai”.
Muzzafar menepuk tangan.
“Bukan
anak petani lah. Anak pelacur far.” Shamsul mencela.
Semua gelak.
Aku malu mendengar semua celaan mereka. Sesetengah
daripada mereka menanya kepadaku apakah aku mewarisi perkerjaan ibuku?. Tetapi
aku lebih memilih untuk mendiamkan diri dari semua percakapan manusia.
Kadang-kala aku tertanya kepada diriku Kenapa aku ditakdirkan dengan semua
dugaan ini dan kadang-kadang juga aku tidak mampu untuk menghadapi semua
ini.
Aku tidak mempendulikan semua ejekan mereka dan kemudian
aku duduk disebelah farah.
“Farah
boleh aku pinjam pemadam awak?.” tanyaku
“Eh
tak boleh lah.. nanti bau pelik pula pemadam i.” Dengan nada sindiran.
“Okey.” Adira mengeluh.
Begitu lah kehidupan seharian ku kadang kala aku
bersendirian dalam bilik darjah tiada sesiapa pun yang ingin berkawan dengan
ku. Tetapi hanya satu saja manusia yang sanggup berkawan denganku iaitu Ashraf.
Dia dari kelas sebelah dan orangnya pun nampak baik tidak sombong. Hanya dia
saja boleh anggap aku sebagai manusia sempurna. Adira Bermonolog.
“Adira
tidak ke kantin kah?.” Sergah
Ashraf
Tersentak Adira dari lamunan.
“
Oh Ashraf rupanya, ingatkan siapa tadi.”
“Dari
tadi aku tengok kau asyik termenung saja.. nak dikatakan banyak hutang tidak
juga. Nak kata putus boyfriend. Muka tidak nampak sangat ada boyfriend pula malah
muka macam kehilangan sesuatu je lah.”
Adira mengangkat kening.
“Kehilangan
sesuatu.. maksud?.”
Menghela nafasnya
Ashraf tersengih.
“Tiada
apa-apa lah Adira.. nak kacau awak je.. dah lah tak payah fikir lagi soal tadi.
Jom aku belanja makan kat kantin sekolah. Mesti awak lapar kan?.”
“Betul kah ni ash?. Kalau macam tu
dira nak makan nasi goreng kampung . hehe.. dengan milo ais. “ Adira
tersenyuman.
Esih.. budak nie melebih-lebih pulak.
Haha.. boleh je. Tapi malam ni dira kena ikut dengan ash jumpa kawan ash. Macam
mana?.
“Urmmm... okey.. dira on.”
Mereka sama-sama keluar dari bilik darjah tersebut.
Adira menghela nafasnya. Kerana inginkan kegembiraan hidup dia sanggup ikut
dengan kawan baiknya itu.
............
“Wei
korang semua.. semalam adira keluar dengan ashraf lagi tau. Diorang ke kelab
malam. “
“Kelab
malam milik bapa Ashraf tu kah?.”
“Eya..
milik bapa ash tu..”
“Selepas
tu kan.” Terhenti.
Adira masuk kelas
3 cerdik. Kemudian dia melihat sekelompok pelajar sedang mengumpat dirinya.
Kalau bukan soal kemarin yang dia keluar bersama Ashraf apa lagi kan. Baginya
itu adalah perkara biasa sahaja. Kalau dia jadi baik masyarakat kampung tetap
anggap dia sebagai manusia yang hina.
Perhatian semua.. perhatian..!!
Kelas 3 cerdik yang sedikit hingar bingar tiba-tiba
terdiam seketika. Masing-masing memandang ke arah pemilik suara tersebut.
“Korang tahu tak.. adira
sudah sediakan perkhidmatan menarik tau. Perkhidmatan pelacuran.” Shamsul menunjuk kearah Adira.
Kelas 3 cerdik tergelak.
“Wo
wo woo itu dia anak pelacur mewarisi ibu dia, pelajar tidak pernah bersosial
konon. Aku dengar gosip liar kau berjinak-jinak sudah dengan bidang ini kan?.
Lepas ni kau nak kah sediakan perkhidmatan untuk aku?.” Muzzafar mencela sambil
tersenyum mengejek.
Adira yang tidak tahan dengan ejekan itu. Kemudian
berdiri meninggalkan kelas 3 cerdik dan berlari ke tandas sekolah.
“Aku
benci ke sekolah.. aku benci ..” adira bermonolog sendiri sambil berlari.
SUSUNAN ALLAH.. Setiap apa
yang Allah berikan Pada kita baik atau buruk yang kita rasakan. Itulah yang
paling sempurna.
............
Makcik Rosalinda yang sedang mengemas ruang tamu pada
petang itu kelihatan marah terhadap adira kerana apa tidaknya khabar angin
sudah sampai ke telinganya
“Adira..
patutlah semalam kau balik lewat. Rupanya kau keluar dengan jantan tak guna
tu.” Dengan
nada marah
“Kenapa
kau teringin sangat sudakah seperti ibu
kau? jadi pemilik kelab malam di kampung kita.” Soalnya lagi.
Sambil menyapu.
Adira hanya berdiam diri.
“Kalau
nak sangat.. berhenti sekolah lah. Pergi kerja sana. Jangan menyusahkan orang.
Dapat juga lah menampung perbelanjaan rumah
ni. Bukan apa Adira.. kita ni sudah lah miskin. Orang kampung pun hina kita
kerana kisah lalu ibu kau. “Hah.. apa lagi teruskan lah jadi pewaris.. kenapa
tak duduk je sana satu malam.”
Telingku sakit mendengar sindiran tersebut tetapi aku
tidak mempedulikannya. Perasaan mana yang tidak terguris oleh lidah seorang
manusia.
“Makcik
Dira bukannya ke kelab malam semalam lah. Adira jumpa kawan je. Kawan Ashraf
dari sabah.”
Adira membela dirinya. Kalau bukan bela dirinya sendiri siapa lagi.
“Hah..
anak pelacur ini sudah pandai melawan. Kalau bukan kerana wasiat ibu kau makcik
sudah lama buang kau dari keluarga ni. Dan kehendak pakcik kesayangan kau tu.” sambungnya lagi.
“Sanggupnya makcik berkata
begitu dengan Adira.” Bermonolog.
“Hey
perempuan kau tu anak sial.. kau tahu tak anak sial. Anak yang membawa
kemiskinan kat keluarga ni. Ibu kau mati gara-gara kau.” Sambil memukul adira dengan batang penyapu. “anak darah daging entah dari mana ibu kau
bawah. Esih geramnya aku.”
“Makcik
sakit.. sakit makcik.. ampunkan dira makcik.. dira tidak akan buat lagi..
aduh.. aduh..” Adira merayu.
Adira hanya mampu membiarkan badan dia menjadi mangsa
pukul dari makciknya kerana dia tidak mampu untuk mengelaknya. Air matanya
berguguran jatuh.
“Kau
anak sial lah.. kau memang sial.” Tambahnya lagi.
Pranggg..
Batang penyapu dibuang ketepi. “Puas hati aku.”
Setelah makcik saudaranya berlalu pergi. Adira menanggis
di tepi sofa lusuh mengenangkan nasib dirinya yang malang kerana dibuat
sedemikian oleh seorang manusia yang tidak berhati perut apa lagi itu adalah
makcik saudaranya.
“Adira...
Anak pelacur.”
Rosalinda teriak.
“Masakan
kau ni pun ..sudah hangus.” Mengambil
periuk tersebut lalu membawah ke ruang tamu dan memegang tangan adira.
“Kau
pegang nie periuk.. peganglah!!. “ Rosalinda merengus marah.
Adira akur dengan arahan makciknya. Lalu periuk yang
panas itu terlepas dari tangannya sehingga menyebabkan percikkan air panas yang
baru mendidih itu terkena di paha adira.
“Aduh..
panasnya.” keluhan adira.
Makciknya turut terkena percikkan air panas tersebut
lalu dia memarahi dan memulaskan telinga adira sehingga merah. Kemudian dia
mengunci adira di bilik. Adira hanya menanggis kerana tidak lagi mampu bertahan
dengan semua dugaan yang dia alami.
.................
SPM telah berakhir. Arah tuju Kehidupan ku tidak ada
yang tahu. Semua yang terjadi dalam hidup ini adalah kehendak Tuhan. Seperti
kehidupan seorang gadis berusia 17 tahun yang masih duduk di bangku kelas.
“pagi yang cerah, langit biru tak tersaput awan. Sungguh
sangat mempersonakan. Lukisan Tuhan indah tak terperikan indahnya… Aku percaya
bahawa di pagi hari, saat dimana janji-janji kehidupan dapat memberi nafas baru
terhadap ku.” Adira bermonolog.
Adira ingin mencari kehidupan baru. dia ingin membuktikan
bahawa dia tidak mewarisi perkerjaan ibunya, baginya tidak semua manusia itu
sama walaupun lahir dengan darah daging yang sama. Rambut sama hitam hati
lain-lain.
“Wei,
kau dah tengok result belum?. Ashraf
menyapa dari belakang.
“Sudah
tengok tadi pagi. Alhamdulillah aku lulus ash. Kau macam mana?.”
Ashraf tersengih.
“Alhamdulillah
okey juga lah apa orang bilang nyawa-nyawa ikan.”
“Apa
plan kau lepas ini ash? Aku fikir kan nak cari kerja kat bandar tu lah.”
“Urmmm..
aku ada kawan di sana yang boleh cari tempat kerja untuk kau. Kalau kau mahu
aku aturkan untuk kau.” Ashraf
mempelawa adrina.
“Okey
. tapi aku kena minta izin dulu dengan makcik-makcik aku lah.”
Adira mengeluh.
“Oh..
eya la kalau macam tu. Apa-apa roger tau.”
“Ashraf
hari sudah petang. Jom lah kita balik .”
“Jom”.
Tiba-tiba makcik Rogayah menyapa dari belakang.
“Eh
anak pelacur. Eh silap”
. sambil memegang kipas menutup mulutnya.
Adira hanya melihat empunya mulut celupar itu, Kemudian
dia meneruskan perjalanan balik ke rumahnya. Nama ANAK PELACUR bagai satu gelaran yang tetap untuk dirinya.
Dia hanya membiarkan masyarakat memanggilnya dengan nama tersebut kerana
baginya meraka hanya memandang dirinya dengan kisah lalu tidak masa sekarang.
.....................
Suatu hari pakcik adira mempunyai hutang dengan popo.
Popo adalah lintah darat paling kejam di kampung ini. Ia telah menyuruh Adira
berkahwin denganya untuk melangsaikan hutang tersebut. Namun adira telah
menolaknya disebabkan tindakannya adira telah didera oleh pakciknya sendiri.
Adira tidak menyangka pakcik yang selama ini dia fikir baik bertopengkan
syaitan.
“Itu lah manusia apabila sudah mempunyai masalah yang
besar,perkara paling penting adalah keutamaan dirinya bukan orang lain. Dimanakah
sifat kemanusiaan seorang manusia di dunia ini. Ada pun Satu dalam seribu
sahaja.”
Pada petang khamis itu Adira telah lari dari kampung
itu. lari dari semua hinaan manusia. Adira membiarkan apa orang kata tentang
dia. Siapakah lagi layak di panggil suci jika bukan manusia menjaga maruah.
“Aku ada maruah dan impian.
kenapa perlu mengikuti perintah manusia yang tidak pernah mengambil kisah
tentang diriku. Aku perlu berani membuka langkah yang lebih maju agar kisah
silam ku dilupai.” Monolog.
Aku akan pergi dari dunia Anak Pelacur...
...........
Niat dihati berkeliling taman untuk mencari madu.
Sebenarnya ia sudah menemukan bunga yang di dalamnya yang banyak sari madu,
tetapi bunga tidak seberapa cantik. Adira telah berkerja sebagai pembersihan di
sebuah bangunan yang mewah selama seminggu namun dibuang kerja kerana telah
dituduh mencuri barang syarikat. Ini berlaku apabila adira mempercayai rakan
sekerjanya fatimah.
“Kamu di pecat atas sebab
mengambil hak syarikat.”
Pegawai atasan.
“Tetapi tuan saya tidak mengambil apa-apa.. saya hanya
menjalankan tugas saya.” Tegasnya.
“Tetapi saya dapati kamu mengambil barang tersebut.
Buktinya ini menunjukkan barang tersebut kepada Adira.”
Apabila orang atasan sudah bersuara, maka hak bersuara
itu amatlah tipis untuk menegakkan benang yang basah. Kawan yang ku kira
seperti keluarga sendiri pun telah menjadi manusia yang paling keji dibelakang
ku.
Hari ini, langit mendung. Adira duduk di sebuah pondok
untuk berteduh,
“jika ibubapa ku masih hidup
tentunya aku bersama ayahku di karpet lusuh dan menunggu Ibuku sedang memasak
sayur bayam untukku. Namun itu semua hanya lah imaginasiku kerana dari kecil
lagi aku tidak mengenali meraka. Aku adalah seorang anak yang mendambakan kasih
sayang. Keluarga saudara ku membenci diriku.”
Keluhan adira.
Selepas kejadian itu adira bangkit sekali lagi untuk
menentukan nasibnya yang malang. Dia telah mempelajari liku-liku kisah hidupnya
sebagai pengajaran. Dia sedar dalam dunia ini tiada siapa yang perlu dipercayai
melainkan ibubapa dan Tuhan.
“jika engkau jatuh bangkitlah kerana tuhan, jika engkau
diatas tunduklah kepada nya.” Adira bermonolog.
TAMAT
Truskan berusaha!
ReplyDelete