PUISI BUKAN MENGGURUI

PUISI BUKAN MENGGURUI? 

Assalamualaikum W.B.T

coretan kali ini mengenai puisi *_* 

  Puisi adalah salah satu karya yang meluahkan perasaan hati penulis untuk memberitahu keadaan yang mereka alami ataupun puisi ini boleh menjadi nasihat kepada pembaca di media mahupun buku-buku. Pengunaan bahasa puisi ini bebas mengikut hati penulis kerana kadang-kadang mereka mengunakan bahasa asing untuk menyampaikan masej tersebut, pengolahan ayat juga kurang di fahami namun masih terikat dengan tema puisi tersebut.

Mengurui merupakan tindakan yang memberi tugas untuk mendidik, mengajar, dan menasihati manusia yang terleka dengan dunia mereka. Mengurui ini adalah sifat yang baik kepada masyarakat jika tidak terpesong untuk menasihati mengikut taraf  yang ada hal ini kerana tiadak semua orang bersifat terbuka untuk menerima ajaran itu. Namun kadang-kadang sifat mengurui ini disalah gunakan oleh sesiapa sahaja terutamanya penulis.

 



Di sini saya tegaskan, puisi itu boleh menjadi sebuah karya yang bukan menggurui pembaca dan puisi juga itu menggurui pembaca. 

 

Puisi bukan mengurui ??

 

  →Setiap manusia tidak sempurna sebab kadang-kadang manusia ini cepat menghukum tanpa soal siat dahulu, puisi bukan mengurui memberi nasihat kepada pembacanya bahawa setiap bait-bait ayatnya membawa maksud yang menunjukkan terhadap dirinya yang mana tidak perlu ikut dengan apa yang ada pada dirinya kerana setiap karya puisi itu akan memberi pengajaran kepada sesiapa.

Puisi mengurui pembacanya.


Puisi ini juga mengurui pembaca kerana mereka memberi nasihat dan mengajari bahawa pembaca perlu mengelak daripada melakukan benda buruk, namun hakikatnya mereka sendiri masih melakukan hal buruk sedemikian. Contohnya penulis memberi nasihat bahawa kamu perlu mengikuti peraturan yang diberi tetapi dia sendiri tidak mengikuti peraturan tersebut, menggurui pembaca salah satu kesalahan penulis dan ini akan menyebabkan karya itu mengunakan bahasa mengkritik, memarahi dan ayat suruhan. Menggunakan perkataan mengurui seperti hendaklah, haruslah, mestilah selalunya puisi yang menentang ataupun memberontak, bukan sahaja puisi ianya terdapat dalam sajak juga.

Contoh : “ kamu hendaklah membawa diri kepada tuhan mu”

               “ setiap manusia mestilah mengurangi perbuatan itu”

 

  Menggunakan ayat suruhan pula menekan perkataan  yang mempunyai unsur psychology untuk mempengaruhi pembaca, kerana setiap kata ada makna dan setiap makna ada rasanya untuk pembaca tertarik membacanya. Pada awalnya puisi-puisi dulu ini hanya memberi teguran dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan santun di mana pembaca dapat merasai perasaan makna bait-bait penulisan karya itu, namun puisi generasi-Y  telah di modenkan dan perkataan setiap baris ayat tersebut  tidak mempunyai peraturan bahasa yang menarik untuk mereka(penulis) gunakan. Kebanyakkan generasi sekarang sekadar suka-suka meluahkan perasaan melalui puisi meraka(penulis) tanpa mengkaji asas pengetahuan penulisan itu, maka wujudlah satu puisi yang tidak senonoh untuk dibaca kepada masyarakat seperti karya penulisan Indie.

  Pada pandangan saya, puisi bukan mengurui mahupun mengurui adalah maksud yang berbeza kerana setiap penulis akan ada yang mengarah dan ada yang menasihati individu itu. Sekiranya  seorang penulis hendak menulis puisi yang mengurui pembacanya, meraka(penulis) tidak perlu menggunakan bahasa-bahasa yang bombastik dengan mengunakan ayat suci Al-Quran alasan memberi pengajaran kepada pembaca bahawa penulis adalah sempurna walhal tidak, kerana semua pandangan orang adalah berbeza-beza (Open Minded) ada yang menerima dengan positif dan ada yang menerima dengan pandangan Negatif (Rambut sama hitam, Hati lain-lain). Keadaan ini akan timbul isu munafik dalam sesuatu karya penulisan penulis tersebut kerana masyarakat cepat sentap dengan benda yang kecil sahaja dan sesetengah pembaca juga kurang memahami situasi penulis. Dengan itu untuk mengelakkan perkataan mengurui ini dalam penulisan puisi, penulis perlu mengurangkan penggunaan perkataan mengarah agar mengelakkan kencaman daripada masyarakat→

   Kesimpulannya karya penulisan merupakan sebuah karya yang memartabatkan bahasa melayu yang indah dari segi kosa kata, tujuan penulisan ini untuk membuka minda masyarakat mengenai dunia fana, Menulis puisi ini untuk memerhatikan keadaan yang baik di dalam fikiran maupun di sekeliling terutama para pendidik kerana pendidik ini menjadi salah satu ikutan pembaca untuk menerima hasil karyanya. Puisi yang kita miliki ini bebas, puisi bukan mengurui tetapi puisi dapat mengurui pembaca dengan sebaris maksud ayat. Oleh hal demikain puisi itu bersifat terbuka dalam karya penulisan puisi mahupun sajak.

Comments

Popular Posts