MELAYU BUKAN ISLAM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T~~~~
Disini saya akan menyentuh serba sedikit tentang AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU
membahaskan Perbezaan diantara kedua-duanya.
Yang Bertajuk "Melayu bukan Islam"
Pada awalnya melayu bukanlah satu bangsa yang
hanya wujud di Malaysia tetapi orang Melayu telah wujud sekian lama di
Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Kepulauan yang terletak di antara Lautan
India dan Lautan Pasifik ini mengunjur sejauh 4,000 batu dari timur ke barat
dan 1,300 batu dari utara ke selatan dan merupakan kepulauan yang terbesar di
dunia. Pada zaman itu telah berlaku pemisahan sunda akibat banjir besar dan
perpisahan orang-orang telah pun berlaku hubungan mereka yang telah dibuktikan
secara genetik, sama seperti hakikat kewujudan mereka di Kepulauan Melayu sejak
60,000 tahun dahulu.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad
ke-7 masihi. Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan
beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka
pada abad ke-13 Masihi. Sebelum kedatangan islam semua masyarakat di bumi ini
menganut fahaman animisme seperti matahari, pokok-pokok dan langit. Namun tidak
semua menerima agama islam hanya sebahagian masyarakat menerimanya dan Agama islam
ini diturunkan kepada semua.
Di malaysia terdapat bebarapa kaum yang dinyatakan iaitu
cina,india,dan melayu namun berbeza dengan di sabah dan sarawak mereka ada
pelbagai etnik yang berbeza-beza di mana etnik ini memegang agama yang satu
sahaja iaitu kritian,islam,hindu buddha.
Seperti kita sedia maklum walaupun etnik mereka berbeza, mereka berkomunikasi
dengan mengunakan bahasa melayu juga dan disini kita lihat bahawa melayu itu
bukan agama tetapi bangsa ataupun Bahasa bagi penduduk di malaysia.
Persoalannya mengapa islam dikaitkan dengan melayu?
Hal ini berkait rapat dengan zaman penjajahan british yang
mana mereka telah mengubal undang-undang di tanah melayu, dalam perlembangan
malaysia menyatakan bagi bangsa Melayu adalah islam walhal bukan berbangsa lain
pun telah memeluk islam pada masa itu. Tidak dapat dinafikan lagi melayu itu
bukan hanya menyatakan kepada orang islam namun melayu ini adalah sesuatu
lambang bagi kewujudan di nutsantara, hal ini demikian yang dihujahkan
berasaskan dua teori iaitu orang melayu dari palembang dan orang melayu di jawa
dan pada zaman penjajahan orang india dan cina merupakan pendatang ke tanah
melayu. Peristiwa 13 mei iaitu rusuhan antara tiga kaum telah menjadi punca
pengubalan undang-undang Etnik di Tanah Melayu.
Seterusnya, jika dilihat dari sudut lain untuk segelintir kaum
seperti bangsa cina dan india telah pun menerima agama islam sebagai penganut
fahaman mereka. Hal ini disebabkan oleh perkahwinan dan asimilasi di malaysia. Sebagai
contoh di melaka yang dikenali sebagai baba Nyoya dari segi budaya mereka yang
masih mengamalkan adat cina namun agama mereka adalah islam. Hal ini jelaslah
bahawa melayu adalah untuk semua bukan hanya untuk orang islam dan kita perlu
mengantikan persepsi mengenai Melayu adalah Islam, Agama untuk agama dan juga bangsa
itu adalah bangsa.
Akhir sekali, melayu dan agama adalah berbeza kerana melayu
merupakan bangsa. Semua bangsa melayu di kepulauan nusantara ini mengamalkan
budaya yang sama walaupun berbeza fahaman agama, bahasa ibunda mereka tetap
menjadi bahasa interaksi kaum tersebut namun apabila bertemu dengan bangsa lain
secara tidak langsung bahasa melayu itu menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Oleh
itu melayu adalah bangsa bukan agama islam. MELAYU BUKAN ISLAM



Comments
Post a Comment