Orang Miskin dilarang Ketawa


Assalamualaikum w.b.t

Disini saya akan membahaskan falsafah tentang orang miskin dilarang ketawa.

Miskin ini dikategorikan sebagai orang yang tidak mempunyai apa-apa selain hanya dirinya sendiri. Mereka dipandang hina oleh sesetengah masyarakat,  Ada orang miskin harta, ada juga miskin adab dan tidak semua manusia miskin kerana setiap orang akan ada kekurangan walau dimana jua keadaan. Tetapi dunia yang membangun dengan pesat ini ramai orang miskin menjalani kehidupan yang penuh dengan pancaroba bukan sahaja orang miskin malah semua manusia ini akan terkena tempias ujian kehidupan. Oleh sebab itu, sesetengah  manusia mengambil kesempatan dalam kesempitan hidup terhadap orang miskin bahawa mereka kira orang miskin ini boleh dijadikan hamba kerjaan mereka untuk menjadi seorang yang berduit, Maka wujudlah penindasan terhadap mereka.

“Some people are actually afraid of being too happy because they think something tragic is going to happen soon. This is known as Cherophobia”

 
Sebelum itu, apakah anda faham mengenai falsafah orang miskin dilarang ketawa? Apakah orang miskin itu tidak boleh ketawa atau orang miskin ini ada arahan yang menetapkan tidak boleh ketawa sesuka hati mereka. Mengapa perlunya ada falsafah sedemikian, adakah sebuah kegembiraan itu hanya untuk golongan orang atasan yang berpendidikan dan berharta?.  Apakah pendapat Semua orang adalah sama?, kemungkinan juga ada yang berlainan oleh itu, mari kita melusuri lebih lanjut mengenai hal ini.

Falsafah orang miskin dilarang ketawa ini adalah membawa banyak maksud dimana ia ada bersifat negatif mahupun positif. Pada pandangan saya, saya tidak bersetuju dengan falsafah Orang miskin dilarang ketawa kerana setiap manusia mempunyai hak untuk merasai kegembiraan yang mereka alami.

Persoalannya ?
mengapa wujud falsafah sedemikian, pertama sekali ialah sosio kehidupan yang mana telah wujud dari dulu lagi iaitu golongan maharin, orang atasan  dan orang bawahan. kita kena lihat dari segi sejarah peradaban manusia itu dimana kasta macam mana org miskin boleh buat apa dan orang kaya boleh buat apa. taraf seseorg itu yag mbezakan, contohtnya orang kaya mereka boleh ketawa di mana-mana saja apa yang mereka mahu, tapi orang miskin tidak boleh sembarangan ketawa, lebih-lebih lagi ketika berada di kalangan orang yang kaya-kaya ini sebab taraf mereka tidak sama.
 Perbezaan kependudukan sosial ini menyebabkan ada perbezaan diantara orang kaya dengan orang miskin lakukan untuk mendapatkan sumber rezeki mereka tersendiri, disini kita dapat lihat orang kaya mampu membeli apa sahaja yang mereka mahu seperti kenderaan manakala orang miskin tidak mempunyai apa-apa untuk dibeli dan ini tidak bermaksud orang miskin tidak membeli apa-apa namun keperluan harta mereka hanya untuk kehidupan mereka dalam erti kata lain Berjimat Untuk Hidup kais pagi makan pagi kalau tidak mengais maka makan batu. Begitulah perbezaan gaya hidup orang miskin dan orang kaya 
dari sudut pandangan lain pula, sesetengah orang miskin ini penuh dengan budi bahasa kerana mereka tahu erti moral kehidupan, orang miskin ini mereka berusaha untuk selalu membantu orang sebab mereka berada dalam situasi itu dan mereka tahu keadaan yang dialami dan apabila dapat membantu hati mereka senang, maka mereka boleh ketawa. Oleh hal demikian kadang-kadang orang miskin ini dicemburui oleh orang kaya sebab mereka lebih menghormati orang yang lebih tua dan sikap ini memberi kebahagian sekali gus mengeratkan hubungan sirahtulrahim. Berbanding anak orang kaya yang hanya memandang mengetawakan anak –anak orang miskin, kerana anak orang kaya dikatakan lebih angkuh serta mereka telah terbiasa  dengan kehidupan sebagai anak bangsawan maka mereka akan kurang bergaul. 

Namun ianya hanya sesetengah bersifat demikian dan hanya orang kaya yang masih kuat pegangan agama mempunyai sifat tersebut, sebagai contoh orang kaya itu akan berzakat, membantu sekolah-sekolah agama, dan lain-lain.  Berbalik dengan falsafah orang miskin dilarang ketawa adalah sama sekali berbeza kerana orang miskin ini juga mampu ketawa walaupun pendapatan harta itu tidak sekaya orang kaya. Orang miskin itu mewakili untuk jiwa-jiwa miskin bukan harta dan harta yang mereka ada iaitu sebuah keluarga yang bahagia Mereka tiada punya apa untuk disedekahkan selain ketawa mahupun senyum.
 
Menyentuh sedikit pembahasan orang miskin dilarang ketawa dari segi politik ini pula, memang orang miskin ini tidak boleh ketawa sebab mereka hanya akan dipergunakan oleh sesetengah pihak ibarat habis manis sepah di buang kerana memang tidak ada kepentingan untuk di bawa bergaul dalam mendapatkan harta. Orang miskin gaya hidup yang selekeh. tetapi bila mana ada kerja yang tidak mampu orang kaya buat maka orang miskin yang akan dapat beban tersebut, selepas itu orang kaya yang dapat nama dan orang miskin yang hanya dipandang hina.

Kesimpulannya, semua manusia boleh ketawa dari orang itu sahaja yang menentukan sama ada dia memilih untuk bahagia atau tidak.

Comments

Popular Posts