Penyair
Betulkah penyair mati muda menghasilkan karya yang besar?
Berdasarkan soalan di atas, penyair yang telah meninggal dunia pada usia yang muda antaranya ialah Chairil Anwar, Widji Thukul dan Soe Hok Gie. Walaupun ketiga-tiga penyair ini meninggal pada usia yang agak muda, tetapi mereka telah menghasilkan banyak karya yang berkualiti dan karya-karya mereka masih digunakan sehingga ke hari ini.
Chairil anwar seorang penyair Indonesia yang terkenal. Beliau dilahirkan pada tanggal 26 Julai 1922 di Medan, Indenosia. Beliau telah meninggal pada 28 April 1949 di usia 26 tahun. Chairil Anwar merupakan anak tunggal dan ibu bapa mereka telah bercerai. Selepas penceraian itu, Chairil mengikut ibunya berpindah ke Jakarta. Setelah berpindah, Chairil baru mula berkenalan dengan dunia sastera. Walaupun tidak habis sekolah, tetapi Chairil telah menguasai beberapa Bahasa antarany Bahasa Inggeris, Bahasa Belanda dan Bahasa Jerman. Sepanjang hayatnya, beliau telah menulis sebanyak 96 karya, termasuk 70 puisi. Antara karyanya yang popular adalah bertajuk “Aku” sehinggakan diberi jolokan sebagai “Si Binatang Jalang”. Karya terakhir sebelum beliau meninggal bertajuk Cemara Menderai Sampai Jauh. Walaupun beliau sudah lama meninggal dunia, tetapi karya-karya beliau terus hidup dan digunakan sehingga ke hari ini.
AKU
Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi!
'Ku mau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi!
Widji Thukul atau nama sebenarnya ialah Widji Widodo. Beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1963 di Surakarta, Jawa Tengah. Pada tanggal 27 Julai 1998, beliau telah meninggal di tempat dan waktu yang tidak diketahui dan beliau disyaki telah diculik. Beliau merupakan seorang sasterawan dan seorang yang memperjuangkan hak asasi manusia di negaranya. Beliau juga merupakan seorang tokoh yang ikut melawan penindasan rezim Orde Baru. Seperti Chairil Anwar, Widji Thukul juga mempunyai karya-karya yang popular antaranya ialah Peringatan, Sajak Suara dan Bunga dari Tembok. Pretasi dan penghargaan yang pernah beliau perolehi antaranya pada tahu 1989, beliau telah diundang membaca puisi di Kudebus Jermas di Jakarta oleh Goethe Institut. Selain itu, pada tahu 1991, beliau telah memperoleh Wertheim Encourage Award yang diberikan Wertheim Stiching, Belanda. Setelah kematian beliau, beliau jugak telah dianugerahi penghargaan “Yap Thiam Hien Award 2002” dan sebuah film dokumentari tentang Widji Thukul dibuat oleh Tinuk Yampolsky telah diterbitkan.
SUARA
sesungguhnya suara itu tak bisa diredam
mulut bisa dibungkam
namun siapa mampu menghentikan nyanyian bimbang
dan pertanyaan-pertanyaan dari lidah jiwaku
suara-suara itu tak bisa dipenjarakan
di sana bersemayam kemerdekaan
apabila engkau memaksa diamaku
siapkan untukmu: pemberontakan!
mulut bisa dibungkam
namun siapa mampu menghentikan nyanyian bimbang
dan pertanyaan-pertanyaan dari lidah jiwaku
suara-suara itu tak bisa dipenjarakan
di sana bersemayam kemerdekaan
apabila engkau memaksa diamaku
siapkan untukmu: pemberontakan!
sesungguhnya suara itu bukan perampok
yang ingin merayah hartamu
ia ingin bicara
mengapa kau kokang senjata
dan gemetar ketika suara-suara itu
menuntut keadilan?
sesungguhnya suara itu akan menjadi kata
ialah yang mengajari aku bertanya
dan pada akhirnya tidak bisa tidak
engkau harus menjawabnya
apabila engkau tetap bertahan
aku akan memburumu seperti kutukan
yang ingin merayah hartamu
ia ingin bicara
mengapa kau kokang senjata
dan gemetar ketika suara-suara itu
menuntut keadilan?
sesungguhnya suara itu akan menjadi kata
ialah yang mengajari aku bertanya
dan pada akhirnya tidak bisa tidak
engkau harus menjawabnya
apabila engkau tetap bertahan
aku akan memburumu seperti kutukan
Soe Hok Gie dilahirkan di Jakarta pada 17 Desember 1942 dan telah meninggal dunia di Hunung Semeru pada 16 Desember 1969 pada usia 26 tahun. Beliau merupakan seorang aktivis Indonesia berbangsa Tionghoa yang menentang Presiden Soekarno dan Soeharto. Beliau merupakan mahasiswa Fakultas Sastra dari Universitas Indonesia Jurusan Sejarah tahun 1962-1969. Beliau merupakan seorang penulis yang aktif, di mana karyanya diterbitkan seperti Kompas, Harian Kami, Mahasiswa Indonesia, dan Indonesia Raya. Beliau sangat berminat dengan aktiviti mendaki dan malangnya beliau meninggal kerana telah terhidu gas beracun ketika mendaki gunung berapi di Semeru sehari sebelum usia beliau mencecah 27 tahun. Antara karya beliau adalah Kepada Pejuang-Pejuang Lama (1965) dan Sebuah Tanya (1969).
Ketiga-tiga penyair terkenal ini mempunyai karya yang dikenang sehingga ke hari ini. Seperti pepatah mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Comments
Post a Comment